Saya dihubungi melalui e-mel oleh
seseorang Melayu yang tidak saya kenali. Katanya dia adalah merupakan
anak Rembau. Dia mempunyai sekumpulan kawan-kawan dan rakan-rakan
yang tidak menyertai mana-mana parti politik. Katanya kumpulan mereka
ini inginkan PAS dan PKR menang di Parlimen Rembau, DUN Kota, DUN
Chembong dan DUN Rantau.
Kata penulis e-mel ini , kumpulan dia
akan melabur sekurang-kurangnya sebanyak RM 10 juta dalam setiap DUN
di Kota, Chembong dan Rantau dalam pelbagai projek yang boleh menjana
peluang pekerjaan untuk anak tempatan sekiranya Pakatan Rakyat menang
di sini.
Dan katanya ada ramai orang luar Rembau
yang akan melabur di Rembau sekiranya Pakatan Rakyat memenangi DUN
dan Parlimen di Rembau, kerana karenah birokrasi yang sedia ada
menyulitkan mereka untuk membuat pelaburan.
Saya cubalah siasat siapa orang yang
mengirim e-mel ini, mana tahu , dia hanya main-main atau sengaja
memberi isu yang memerangkap saya sendiri.
Setelah disiasat rupanya dia ada
menulis sebelum ini satu artikel yang mengkritik pemimpin Pakatan
Rakyat. Saya tanya dia, adakah dia yang menulis artikel tersebut. Dan
dia mengakuinya, kerana itu ialah pandangan beliau terhadap pemimpin
berkenaan.
Dan dia masih memberikan komitmen untuk
melabur di Rembau dan memanggil lagi rakan-rakannya untuk melabur di
Rembau sekiranya Pakatan Rakyat menang di Parlimen dan DUN di Rembau.
Saya beritahu pada dia, saya tidak
memusuhi orang-orang Umno di kampung-kampung. Saya sayang orang Umno
di kampung saya, kerana mereka orang kampung saya, waris saya. Tapi
saya kesian mereka tak senasib seperti saya. Apabila tanah mereka
diambil, tanah adat, tanah rizab Melayu untuk tujuan pembangunan
kerajaan seperti projek laluan paip gas, projek landasan keretapi
berkembar, projek pelebaran jalan Chengkau-Astana Raja, projek
empangan air dekat Lubok China dengan pampasan yang tidak masuk akal
, saya amat simpati. Mereka adalah penyokong tegar Umno, tiada tempat
untuk mengadu, hanya sekadar boleh meluahkan perasaan kepada kita.
Semoga DUN Kota, Chembong, Rantau dan
Parlimen Rembau kali ini ada perubahan untuk kebaikan orang-orang
kampung.
Saya tiada apa-apa kepentingan dalam
apa-apa projek pelaburan atau politik. Kalau nak ikutkan saya rasa
selesa dengan rezeki yang saya ada sekarang ini, buat apa saya nak
susah-sudah dengar rintihan orang-orang kampung yang rata-ratanya
menyokong Umno.
Yakinlah, rezeki kita, Allah yang beri,
bukan Umno, bukan PAS, bukan PKR.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan