Saya ingin mengucapkan terima kasih
kepada pimpinan dan para petugas Umno di DUN Kota , khususnya di Kg
Bongek kerana menunjukkan sikap yang professional dalam berkempen.
Ini adalah kerana rumah emak saya di Rembau adalah merupakan salah satu
tempat yang dijadikan Bilik Gerakan Pakatan Rakyat di DUN Kota.
Banyak bendera BN dipacak sepanjang kiri kanan jalan dari Rembau
hinggalah ke Chengkau. Namun bendera BN tidak dipasang di tepi jalan di
hadapan rumah saya, walaupun ianya adalah tempat umum.
Terima
kasih dan syabas kepada Umno di DUN Kota kerana inilah contoh etika
kempen yang perlu dicontohi oleh semua pihak bukan sahaja BN, malahan
PAS, PKR dan DAP.
Berkempenlah secara professional dan berhemah.
Kalau ada apa-apa masalah, kita boleh berbincang.
Kitakan sekampung.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan