PENAJIS, tempat penabalan Yang
Dipertuan Besar Seri Menanti hingga tahun 1830. Penajis adalah
sebuah kampung dalam daerah Rembau. Penajis juga nama sebatang
sungai mengambil sempena nama kampung tersebut . Pada masa dahulu,
Penajis dikenal dengan nama Kampung Penajuh. Sejarah Melayu ada
menyebut Sungai Penajuh semasa menggambarkan keagungan kerajaan
Melayu Melaka di bawah pemerintahan Sultan Mahmud Syah (1488-1511).
Nama ini selari dengan cerita lisan tempatan yang menyatakan bahawa
kampung tersebut telah dibuka oleh Datuk Najuh. Makamnya terletak
di tebing Sungai Penajis berhampiran dengan balai raya Kampung
Bandar Penajis sekarang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan