KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20140921

Allahyarham Ustaz Safrizal dan SRIIDU


Semalam warga siber dikejutkan dengan pemergian yang menyayat hati Ustaz Safrizal Tarmizan bersama bonda tersayangnya dalam satu kemalangan jalanraya yang tragis di Kuala Krai, Kelantan pada 20 September 2014. Setakat berita ini ditulis , isteri Ustaz Safrizal masih lagi dirawat di hospital, manakala anaknya masih dalam keadaan kritikal. Marilah kita doakan agar ALLAH selamatkan dan pelihara isteri dan anak Ustaz Safrizal serta menganugerahkan kesabaran dan ketenangan untuk ahli keluarganya.

Mungkin ramai yang mengenali Ustaz Safrizal sebagai Ketua Penerangan Pemuda PAS N.Sembilan. Tapi disebalik itu , Ustaz Safrizal adalah merupakan tenaga pengajar yang berdedikasi dan komited di Sekolah Rendah Islam Integrasi Tahfiz Darul Ulum (SRIIDU) , Seremban.

Sudah pasti pemergian Ustaz Safrizal amat dirasai oleh para pelajar, guru dan kakitangan di SRIIDU.

SRIIDU adalah merupakan institusi pengajian Islam yang amat unik di Negeri Sembilan ini. Ianya berkonsepkan pengajian pondok yang moden dan diintegrasikan dengan sistem pengajian sekolah rendah kebangsaan.

SRIIDU telah ditubuhkan pada tahun 2008, memulakan operasi mereka di bangunan kedai di Taman Rasah Jaya, Seremban. SRIIDU kini dalam proses pembinaan sebuah kompleks di Jalan Senawang – Paroi , berhampiran Pusat Dakwah Islamiah Paroi.

Telah banyak hasil sumbangan orang ramai digunakan untuk kerja-kerja asas pembinaan kompleks ini dan masih banyak lagi sumbangan diperlukan untuk menyiapkan komples ini.

Kepada mereka yang ingin tahu lebih lanjut mengenai SRIIDU atau Kompleks Tahfiz Darul Ulum di Seremban ini sila dapatkan maklumat di bawah :

Tel : 06-7624270 , 019-6627374 , 019-6500927

FB : Kompleks Tahfiz Darul Ulum

FB : Srii Tahfiz Darul Ulum

Sumbangan juga boleh disalurkan ke akaun atas nama : DANA PEMBANGUNAN TAHFIZ DARUL ULUM

Bank Islam : 05012010079683
Maybank : 555126504954

Marilah kita hadiahkan al Fatihah kepada Ustaz Safrizal dan bondanya dan sebarkan maklumat mengenai SRIIDU ini agar perjuangan Ustaz Safrizal menegakkan syiar Islam berterusan.

Tiada ulasan: