KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20140924

Empangan Gemencheh, N.Sembilan kritikal


Kalau ada mana-mana pihak yang akan mengadakan Solat Istisqa, memohon kepada ALLAH untuk menurunkan hujan di Empangan Gemencheh harap maklumkan kepada kami semua, agar kami ramai-ramai dapat bermunajat kepada ALLAH, memohon ampun serta taubat, memohon rahmat ALLAH, supaya diturunkan hujan , supaya paras air di empangan ini kembali normal.

Walaupun akhir-akhir ini kerap hujan turun, namun ianya tidak menaikkan tahap air di sini. Paras normal empangan ini ialah 99 meter, namun kini tahapnya sudah mencecah 94.81 meter, memang kritikal.

Semalam 23 September 2014 telah dimulakan catuan di daerah Rembau dan Tampin, dan catuan ini akan berlanjutan sehingga paras air mencapai 99 meter, di mana mengikut logik akal manusia ianya adalah mustahil. Hanya ALLAH yang boleh bantu kita semua sekarang, terutamanya mereka di Rembau dan Tampin.

Tiada ulasan: