Pada 15 Februari 1942, pihak British telah diisytiharkan
kalah kepada Jepun. Ramai di antara anggota-anggota Sukarela telah terkorban
dan menerima nasib yang sama seperti anggota-anggota pasukan Tetap. Mereka yang
ditawan telah ditempatkan di khemah tahanan
Ferrer Park, Singapura.
Begitu juga dengan peristiwa beberapa orang pegawai Sukarela
yang sanggup menggadaikan nyawa. Pada 28 Februari 1942, beberapa orang pegawai
dari pasukan sukarela telah dijatuhi hukuman bunuh oleh Jepun kerana keengganan
mereka menanggalkan pakaian seragam. Di antara mereka yang dibunuh oleh Jepun
ialah :
Leftenan Osman bin Kering (Datok Naning – Undang Naning ke
16)
Kapten Raja Aman Shah bin Raja Harun Ar-Rashid (kerabat
Diraja Perak)
Leftenan Abbas bin Said
Leftenan Abu Bakar bin Umar
Tiada ulasan:
Catat Ulasan