Saya telah berinteraksi bersama Saudara
Razis pada 26 September 2014 melalui Whatsapp. Beliau ditimpa
kemalangan jalanraya pada tahun 2010 lagi. Namun ALLAH belum
mengizinkan beliau untuk pulih sepenuhnya. Beliau masih belum dapat
berjalan seperti biasa walaupun dalam rumah sendiri. Beliau hanya
mengharapkan sumber pendapatan dari isteri yang bekerja sebagai
jururawat di sebuah hospital swasta. Beliau memerlukan perbelanjaan
untuk rawatan susulan antaranya fisioterapi yang memerlukan kos RM
277 sebulan serta kos perbelanjaan lain.
Bantuan JKM telah diperolehi, bantuan
Baitul Mal sedang dalam proses mengisi borang.
Kepada mereka yang ingin membantu
membiayai kos rawatan fisioterapi ini bolehlah menghubungi Sdr Razis
Abdul Razak di 018-3254797 .
Atau kepada mereka yang ingin secara
sukarela untuk melakukan rawatan susulan kepada beliau dengan
kepakaran yang ada juga adalah amat dialukan.
Kita yang sempurna sihat tubuh badan
ini, rajin-rajinlah tolong mereka yang memerlukan, serta
rajin-rajinlah ke masjid untuk solat dan dengar kuliah. ALLAH beri
kita macam-macam nikmat, namun kita masih minta macam-macam lagi.
Di sini bermulanya sebuah cinta. Cinta
kerana ALLAH.
*****************
10 jam terbaring dalam tandas
Harian Metro 21 Feb 2014
Seremban: Kecederaan akibat kemalangan
mengakibatkan seorang lelaki kini terlantar dan lebih menyedihkan,
dia pernah terbaring di dalam tandas lebih 10 jam kerana tidak mampu
bergerak.
Mohd Razis Abdul Razak, 37, lumpuh dari
bahagian pinggang ke bawah, malah kedua-dua tangannya kebas dan
mempunyai masalah saraf menyebabkan dia tidak berdaya mengangkat
barang.
Perbelanjaan perubatan mencecah RM400
sebulan diuruskan isterinya yang bekerja sebagai jururawat di sebuah
hospital swasta.
“Saya pernah terbaring dalam tandas
lebih 10 jam. Sebelum itu, isteri membantu saya ke tandas jam 8.30
malam dan dia terpaksa bergegas ke tempat kerja. Saya tidak mampu
bangun dan terpaksa menunggu isteri habis bekerja jam 7 pagi
keesokannya.
“Kebiasaannya isteri pulang ke rumah
apabila ada kelapangan untuk menyediakan makan minum selain
menguruskan saya, namun apabila banyak kerja di hospital dia tidak
boleh pulang maka saya akan uruskan diri sendiri,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan