Artikel dari Blog Hanif Salleh,
PERHATIAN UTK. IMAM YG MEMIMPIN SOLAT JUMA'AT.
Acapkali Tuan Guru Syeikh Nuruddin menegur para Imam-Imam
yang memimpin Solat di mana kebanyakan mereka hanyalah berijtihad sendiri
sehinggakan terlalu banyak sunnnah-sunnah Nabi yang diabaikan.
Seperkara lagi ialah tentang pembacaan khutbah Juma'at yang
disediakan oleh pihak Jabatan Agama di mana ianya dilihat meleret-leret dan
inilah sebenarnya yang menjadi asbab kenapa begitu ramai jemaah tidur ketika
khutbah disampaikan.
Khutbah sepatutnya disampaikan dengan ringkas dan padat,
cukup segala rukun-rukunnya dan solat yang didirikan adalah dengan bacaan surah
yang telah diajar oleh Baginda Nabi Shallalahu Alayhi Wassalam.
Maka dengan itu kita melihat, pembacaan khutbah tidak
langsung memberi kesan kepada ramai jemaah kerana ia dibaca mengikut penyediaan
yang telah disediakan.
Sebaiknya para-para Imam diberi tugas untuk menyediakan
khutbah-khutbah dan disemak oleh pihak Jabatan Agama kerana cara ini akan
memberikan daya kreatif untuk berfikir kepada setiap Imam yang bertugas.
Artikel sepenuhnya di http://hanifsalleh.blogspot.com/2013/04/perhatian-utk-imam-yg-memimpin-solat.html
1 ulasan:
Abang nak tau khutbah jumaat tempat saya minggu lepas ?
kesian tok imam lurus bendul baca tajuk lgbt. sex sejenis, lesbian, gay, liwat, homosex, transgender. Gila apa pegawai jabatan agama islam johor sekarang.
Catat Ulasan