Adakah polis dan tentera kita mempunyai
SOP untuk masuk tandas? Adakah mereka akan menanggalkan logo pada
pakaian dan pangkat mereka yang mempunyai kalimah Allah dan Muhammad
apabila masuk tandas? Ini adalah kerana Nabi saw telah mengajar
kepada kita semua bagaimana hendak masuk tandas sekiranya kita ada
memakai lambang yang ada kalimah Allah dan Muhammad.
Bagaimana pula SOP pemakaian kalimah
Allah pada logo pakaian seragam untuk anggota bukan Islam dalam ATM,
PDRM, Bomba dan Kastam?
Menurut apa yang diriwayatkan oleh Anas
bahawa Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam apabila masuk ke tandas
Baginda akan meletakkan (di luar) cincin Baginda itu. "
Menurut Asy-Syirazi sebab Baginda tidak
membawanya masuk ke tandas kerana pada cincinnya itu tertulis
perkataan ( Muhammad Rasul Allah ) (Al-Muhadzdzab 1/104).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan