Pagi tadi berkesempatan menghadiri
majlis selawat, qasidah dan marhaban di Madrasah Al Islamiah Tuan
Haji Ibrahim di Bongek. Antara yang hadir ialah Tuan Guru Abdul Raof
Nurin dari Pondok Tampin dan Ustaz Mohd Khairddin Yusof , Mudir
Madrasah Tuan Haji Ibrahim.
Sungguh panjang majlis selawatnya,
namun tidak terasa jemunya yang dipimpin sendiri oleh Tuan Guru Abdul
Raof.
Selesai solat Zuhr apabila pulang ke
rumah, tidak berapa lama kemudian awan mula mendung, guruh kedengaran
di langit, mula-mula hujan renyai dan terhenti seketika. Kemudian
hujan turun dengan lebat sekali selama beberapa minit membasahi bumi
Rembau yang telah lama kering kontang.
Selepas Asar saya berkesempatan
menziarahi Ustaz Hj Zakaria Talib, Mudir Madrasah Az Zakirin juga di
Bongek. Katanya apa yang berlaku sekarang ini dulunya hujan lebat,
sehingga banjir teruk di Pahang, Terengganu, Sabah dan Sarawak, kini
musim kering dan kebakaran hutan di sana sini kerana ALLAH ingin
menunjukkan tenteraNya. Air, Angin, Api dan Tanah adalah merupakan
tentera-tentera ALLAH.
Baliklah pada yang asas, kurangkan
berhujjah, banyakkan selawat, berzikir, ambil berat masalah saudara
mara dan jiran tetangga hanya kerana ALLAH. Hidupkan masjid dengan
solat jemaah dan majlis ilmu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan