Judi adalah haram, samada berlesen atau
tidak berlesen. Negara ditimpa pelbagai bencana sekarang, satu demi
satu kapalterbang kita hilang, langgar itik, generator terpadam dan
semalam enjin terbakar. Konsert dan hiburan di TV telah dikurangkan.
Akhbar berbahasa Melayu pun sepatutnya ambil langkah serupa dengan
tidak menyiarkan lagi keputusan judi berlesen.
NEGERI SEMBILAN ISYTIHAR PERANG JUDI
HARAM
SEREMBAN 26 Mac 2014 - Kegiatan judi
haram siber yang menjadi ancaman keselamatan masyarakat akan
diperangi habis-habisan dalam apa cara sekalipun bagi memastikan
kesejahteraan rakyat di negeri ini terus terjamin.
Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan
berkata, kegiatan judi siber haram ini yang dikategori sebagai
ancaman keselamatan dalam negeri ini melibatkan segelintir masyarakat
dilihat sebagai kronik dan perlu dihentikan dengan segera kerana ia
boleh membawa kepada masalah sosial lain.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan