Tahniah kepada Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan Darul
Khusus, kerana mempunyai senarai Kumpulan Tareqat yang berdaftar untuk
mengelakkan kekeliruan umat Islam. Harap-harap JAKIM dan Majlis Agama Islam
semua negeri mempunyai maklumat serupa untuk mengelakkan kekeliruan seperti
berita di bawah ini.
Siasat kumpulan tarekat
Utusan 4 Mac 2014 - Penduduk Kampung Sungai Galah 2 dekat
sini menggesa pihak berkuasa menyiasat kegiatan satu kumpulan yang menggelarkan
diri mereka sebagai pengamal tarekat Naqsabandiah Al-Kholidi kerana dibimbangi
menyimpang daripada ajaran Islam. Antara kegiatan yang meragukan kumpulan itu
ialah berwirid, berzikir dan beratib dengan kuat pada waktu malam dan berselang
seli dengan bertepuk tangan.
SENARAI TAREQAT BERDAFTAR DI NEGERI SEMBILAN
Senarai Tarekat Tasauwuf Yang Telah Diluluskan Di Bawah
Subseksyen 12(1), Enakmen Tarekat Tasawuf (Negeri Sembilan) 2005.
1. Nama Tarekat: Tarekat al-Ahmadiah al-Idrisiah
al-Rashidiah al-Dandarawiah.
Syeikh: Dato’ Hj.
Mohd Murtadza bin Hj. Ahmad
2. Nama Tarekat: Tarekat Naqsyabandiah al-Kholidiah.
Syeikh: Tuan Hj.
Abu Talib bin Rabit
3. Nama Tarekat: Tarekat Qodiriyyah Wa Naqsyabandiah.
Syeikh: A.F Ust.
Shaifudin bin Maulup
4. Nama Tarekat: Tarekat al-Syazuliyah al-Darqawiyah.
Syeikh: A.F Ust.
Hj. Mohd Nasir bin Hj. Othman
5. Nama Tarekat:
Tarekat Dusuqiyyah Muhammadiah.
Syeikh: A.F Ust.
Mohd Fadil bin Ariffin
6. Nama Tarekat:
Tarekat Naqsyabandiah al-Kholidiah.
Syeikh: Tuan Mohd
Anua bin Mohd Zin
7. Nama Tarekat:
Tarekat Naqsyabandiah al-Kholidiah.
Syeikh: Tuan Haji
Abdul Manaf bin Jaya
8. Nama Tarekat:
Tarekat al-Ja‘fariyah al-Ahmadiah al-Muhammadiah.
Syeikh: A.F Dr.
Shuhadak bin Mahmud
Tiada ulasan:
Catat Ulasan