KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20140301

Orang Vietnam berlumba buat kapal selam



Tertarik dengan kesungguhan orang Vietnam yang berlumba-lumba mencipta dan membuat kapal selam untuk tujuan penyelidikan tanpa insentif dari kerajaan semata-mata ingin melihat negara dan bangsa mereka maju.

Ada antara orang Vietnam ini belajar di Perancis, balik ke negara mereka, mencipta kapal selam dari bahan komposit dan menggunakan 90 peratus bahan tempatan untuk kapal selam tersebut.

Bandingkan dengan diri kita sendiri, anak-anak kita, remaja kita yang lebih berseronok dengan Whatsapp, Facebook, Twitter dan sebagainya. Amat kurang yang mengikut jejak langkah Zul Design yang hanya berkelulusan SPM dan IKM.

Kita ada kapal selam canggih berharga berbillion ringgit tapi kurang promosi kepada rakyat untuk mendalami ilmu kapal selam. Kita juga dah hantar angkasawan naik roket, tapi kurang promosi untuk mendalami ilmu membuat roket.

Baru-baru ni saya dihubungi oleh sekumpulan pelajar IPT untuk bertanyakan mengenai teknologi canggih persenjataan Melayu zaman silam khususnya di Rembau. Takkan maklumat ini tidak ada di IPT?

Tiada ulasan: