Sempena sesi persekolahan yang akan
dibuka pada tahun 2015, pihak kami Yayasan Amal Malaysia Cawangan
Negeri Sembilan menerima banyak permintaan dari keluarga yang kurang
berkemampuan untuk membantu anak-anak mereka masuk ke alam
persekolahan.
Antara peralatan persekolahan yang
diperlukan ialah buku tulis, buku kerja serta alat tulis. Kami
menganggarkan untuk seorang pelajar cuma memerlukan RM30 untuk
menyiapkan peralatan asas persekolahan. Sasaran kami ialah untuk
memberi bantuan persekolahan ini kepada 500 orang pelajar yang kurang
berkemampuan yang berada di sekolah rendah dan menengah.
Mereka yang ingin menghulurkan
sumbangan sila hubungi Timbalan Pengerusi Yayasan Amal Malaysia
Cawangan Negeri Sembilan , Hj Rozmal 012-2267406 .
Sumbangan juga boleh disalurkan melalui
Akaun Bank Islam atas nama Yayasan Amal Malaysia Cawangan Negeri
Sembilan no Akaun 05012010047905 atau akaun Maybank saya , no akaun
155126945930
Yang menjalankan amanah,
Hj Rozmal bin Malakan
Timbalan Pengerusi Yayasan Amal
Malaysia Cawangan N.Sembilan
Tel : 012-2267406
FB : Rozmal Malakan
Laman web http://yam-ns.blogspot.com
23 Nov 2014
Tiada ulasan:
Catat Ulasan