Saya dimaklumkan oleh Pengerusi Masjid
Bandar Baru Senawang bahawa satu keluarga iaitu suami dan isteri
beserta empat anak mereka telah menumpang teduh dan tidur di masjid
tersebut sejak dua hari yang lalu.
Lalu saya hubungi Encik Adnan Abdullah,
Pengerusi Kompleks Saadah, Majlis Agama Islam Negeri Sembilan yang
kemudiannya memaklumkan sukarelawan Skuad Mubaligh N.Sembilan akan
datang ke masjid untuk mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh
keluarga ini.
Encik Zamri Vinoth dari Skuad Mubaligh
N.Sembilan telah bertemu keluarga ini di Masjid Bandar Baru Senawang
dalam tempoh sejam setelah saya mengutarakan permasalahan tersebut.
Alhamdulillah Encik Zamri Vinoth telah
melakukan perundingan dengan keluarga ini dan beberapa pihak.
Keluarga ini akan ditempatkan buat sementara waktu di sebuah tempat
perlindungan.
Apa yang menariknya dalam kes ini ialah
tiadanya karenah birokrasi oleh semua pihak dari pihak masjid, pihak
MAINS hinggalah ke pihak sukarelawan dalam mengendalikan kes ini.
Sesungguhnya saban hari, banyak masalah
masyarakat yang kita perlu tangani. Dan permasalahan ini perlu kita
tangani bersama dengan meletak tepi kepentingan peribadi dan
kepentingan politik.
Terus terang dikatakan lebih ramai
sukarelawan diperlukan oleh semua persatuan serta NGO untuk membantu
masyarakat sekeliling kita. Lebih ramai daripada kita melibatkan diri
secara sukarela semata-mata mengharapkan keredhaan Allah, insyaAllah
pelbagai permasalahan masyarakat yang sering kita dengar dalam media
akan berkurangan.
Sikap berpeluk tubuh, tunggu dan lihat,
mengkritik tidak akan membantu.
Ayuh, mari kita sebarkan kasih sayang,
semata-mata mengharapkan keredhaan Allah.
Yang menjalankan amanah,
Hj Rozmal bin Malakan
Timbalan Pengerusi Yayasan Amal
Malaysia Cawangan N.Sembilan
Tel : 012-2267406
FB : Rozmal Malakan
E-mel : rozmal@yahoo.com
Laman web http://yam-ns.blogspot.com
29 Nov 2014
Tiada ulasan:
Catat Ulasan