Susulan kisah keluarga penoreh getah
yang miskin dari Kg Minching, Pedas, Rembau yang kami paparkan
baru-baru ini di mana anak-anak mereka dalam keadaan rabun kerana
tidak mampu membeli cermin mata, Alhamdulillah ramai pihak yang
menghulurkan sumbangan. Pada 1 Nov 2014 Naib Pengerusi 2 Yayasan Amal
Malaysia Cawangan N.Sembilan, Puan Norwani telah membawa anak-anak
ini untuk diperiksa mata mereka.
Setelah diperiksa “Power” cermin
mata ketiga-tiga anak ini didapati amat tinggi antara 450 ke 700.
Anak-anak ini berumur antara 10 tahun ke 14 tahun. Bayangkan
anak-anak ini belajar di sekolah dalam keadaan yang kabur dan tidak
nampak.
Bukan main gembira anak-anak ini
apabila mendapat cermin mata dan melihat dengan jelas.
Wakil kami tidak sanggup untuk
mengambil gambar dan memaparkan gambar rumah keluarga ini yang begitu
usang. Cukup kami katakan rumah mereka ini memang begitu usang.
Terima kasih kepada para penyumbang
yang menyumbang untuk keluarga penoreh getah ini di kala harga getah
begitu rendah pada ketika ini serta kos harga barangan yang semakin
meningkat.
InsyaAllah baki sumbangan orang ramai
akan digunakan untuk membayar hutang perbelanjaan harian keluarga ini
dan lain-lain keperluan asas, kerana ianya tidak mencukupi untuk
membaiki rumah mereka.
Yang menjalankan amanah,
Hj Rozmal bin Malakan
Timbalan Pengerusi Yayasan Amal
Malaysia Cawangan N.Sembilan
Tel : 012-2267406
FB : Rozmal Malakan
Laman web http://yam-ns.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan