KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20141110

Bantulah pelajar IPT dari keluarga susah, tiada PTPTN pula

Ini satu kisah dari terlalu banyak kisah pelajar di IPT dari keluarga yang susah, mengikat perut untuk meneruskan harapan keluarga dan survival diri. Cuba bayangkan pendapatan keluarga tersebut tidak sampai RM 1200 sebulan, mempunyai seorang anak di IPT dan beberapa anak di sekolah menengah dan sekolah rendah. Anak yang di IPT tidak mendapat pinjaman PTPTN kerana permohonan ditolak atas alasan teknikal.

Pinjaman dari beberapa agensi kerajaan pula tidak layak kerana pengajian hanya di peringkat diploma di IPT.

Semakin hari, ada saja pihak kami Yayasan Amal Malaysia Cawangan Negeri Sembilan menerima kisah sebegini. Ada yang terus mengikat perut, ada yang putus harapan memberhentikan pengajian, ada yang diperdaya untuk membuat pinjaman along, ada pelajar yang membuat kerja sampingan dan seterusnya.

Pihak kami tidak mempunyai dana yang tetap untuk membantu kes sebegini, hanya mengharapkan sumbangan orang ramai.

Mereka yang ingin menghulurkan sumbangan kepada para pelajar di IPT dari keluarga yang susah bolehlah menghubungi saya.

Yang menjalankan amanah,

Hj Rozmal bin Malakan
Timbalan Pengerusi Yayasan Amal Malaysia Cawangan N.Sembilan
Tel : 012-2267406
FB : Rozmal Malakan
10 Nov 2014


1 ulasan:

Najib Ariyan Ali Basha berkata...

Insyallah Tuan... kalau ada sumbangan akan kami salurkan kepada yg berkenaan

salam kenal