Projek Pendidikan dan Dakwah Masyarakat Islam Rohingya di
Malaysia
PELARIAN ROHINGYA DI MALAYSIA
Jumlah pelarian di Malaysia kini dianggarkan sebanyak 15,000
orang. Kebanyakan mereka menetap di 8
buah negeri iaitu Selangor (5,500), Johor (2,500), Pulau Pinang (4,500), Kedah
(2,000), Terengganu (350), Kelantan (1,500), Melaka (300), Negeri Sembilan (700).
Mereka diiktiraf sebagai pelarian oleh UNHCR.
Mereka tidak mempunyai pekerjaan tetap dan terpaksa
melakukan pelbagai jenis pekerjaan untuk hidup.
Keadaan mereka amat dhaif. Anak-anak mereka tidak bersekolah oleh kerana
tidak memiliki dokumen kelahiran dan sebarang dokumen lain yang sah.
MAJLIS ULAMA ROHINGYA
Untuk mengatasi buta huruf di kalangan anak-anak dan bimbang
dengan peningkatan jenayah, maksiat, aktiviti mengemis dan terjebak dalam
pelbagai gejala sosial di kalangan pelarian Rohingya ini maka satu badan
rujukan masyarakat tersebut telah ditubuhkan yang dinamakan Majlis Ulama
Rohingya (MUR).
Penubuhan MUR bertujuan untuk memberikan pendidikan agama,
menjalankan kerja-kerja dakwah serta menjaga kebajikan masyarakat Rohingya di
negara ini secara amnya. Majlis
tersebut dipimpin oleh Ustaz Muhammad Amin bin Mohamad Kasim dan dibantu oleh
sembilan ahli jawatankuasa, yang kesemuanya berpendidikan agama dari kalangan
masyarakat Rohingya.
SOKONGAN YANG DITERIMA
Majlis Ulama Rohingya (MUR) mendapat sokongan dan kerjasama
penuh daripada:-
• Jabatan Kemajuan
Islam Malaysia (JAKIM)
• Jabatan Agama
Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), dan
• Jabatan Hal Ehwal
Agama Islam Pulau Pinang
Memandangkan MUR tidak boleh didaftarkan di negara ini maka
badan tersebut tidak dapat bergerak untuk
menjalankan pengutipan derma daripada agensi-agensi kerajaan dan juga
orang ramai.
Sumber : http://futureglobalnetwork.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan