Ada segelintir kecil orang susah apabila dibantu untuk
dibaiki rumah mereka yang sudah terlalu usang serta uzur menanti masa untuk
roboh, bajet yang disediakan hanya cukup untuk membaiki rumah tersebut. Namun
apabila hendak memulakan kerja membaiki rumah mereka, mereka minta macam-macam,
tambah itu, tambah ini.
Kalau tak dapat tambah, mereka tak benarkan rumah mereka
yang usang tersebut dibaiki. Pelik, ada juga orang yang perangai macam ni.
Susah minta dibantu, tapi bila hendak dibantu, minta yang bukan-bukan. Jadi
terpaksalah dibatalkan permintaan tuan rumah tersebut, kerana memang di luar
kemampuan kita kerana dia tidak mahu menerima kerja pembaikan yang
kecil-kecilan.
Patutlah agensi kerajaan yang berkaitan membantu golongan
seperti ini terpaksa menapis setiap permohonan bantuan.
Semoga masyarakat kita lebih menghayati konsep redha dan
syukur.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan