KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20150506

Pembeli kecewa rumah terbengkalai



Semoga pembeli rumah di Rembau ini mendapat pembelaan yang sewajarnya.



Pembeli kecewa rumah terbengkalai
6 Mei 2015

REMBAU – Impian pembeli rumah di Taman Rembau Bayu di sini, untuk mendiami rumah mereka berkecai apabila rumah yang sepatutnya siap penghujung bulan lalu, masih lagi terbengkalai hingga kini.

Tinjauan Sinar Harian ke lokasi berkenaan mendapati terdapat rumah yang masih lagi bercerucuk dan peratusan siap rumah bagi 38 unit juga berbeza-beza di mana ada antaranya yang sudah siap berbumbung.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembeli Projek Perumahan Taman Rembau Bayu, Abd Aziz Hamid, 62, dia mula menyedari projek perumahan berkenaan terbengkalai apabila pihak pemaju tidak lagi menuntut bayaran tunai daripadanya September tahun lalu.

“Saya bayar tunai ikut peratusan projek rumah saya siap.  Unit rumah yang saya beli sudah siap 45 peratus dan saya juga sudah membayar secara tunai sebanyak RM140,000 daripada harga rumah iaitu kira-kira RM285,000.

Manakala, bagi Jumaat Misran, 52, dia berasa kesal apabila rumah pertama yang dibeli anaknya, Mohd Ridzwan Jumaat, 28, terbengkalai sedangkan bayaran bulanan institusi perbankan sudah mula dibayar sebanyak RM380.


Projek perumahan Taman Rembau Bayu dilancarkan

REMBAU 4 Nov. 2012 - JBS Suria Bumi Sdn. Bhd., anak syarikat Kumpulan JBS melancarkan projek perumahan bercampur dikenali sebagai Taman Rembau Bayu di Mukim Batu Hampar dekat sini semalam.

Projek itu mengandungi 22 unit kedai pejabat teres dua tingkat dan 35 unit rumah teres dua tingkat di kawasan seluas 2.19 hektar.

Pengarah Urusan Kumpulan JBS, Alex Kan berkata, projek itu dijangka siap dalam tempoh dua tahun dengan nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM20 juta.

Beliau berkata, harga seunit kedai pejabat adalah antara RM350,000 dan RM450,000 manakala harga rumah antara RM250,000 dan RM320,000.

Pelancaran disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chembong, Ir. Zaifulbahri Idris.



Tiada ulasan: