Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Standard Malaysia
(Standards Malaysia) akan menganjurkan Seminar MS 2577:2014 – Kod Amalan Seni
Bina Dan Pengurusan Aset Masjid di bawah kelolaan SIRIM Berhad yang akan
diadakan seperti berikut:
Tarikh : 2 Jun 2015 (Selasa)
Masa : 8.30 pagi - 5.00 petang
Tempat : Auditorium Dato’ Yahaya Ahmad SIRIM Berhad,
Shah Alam
Justeru itu, pihak YBhg. Datuk/ Dato’/Tuan/Puan adalah
dijemput untuk menghadiri seminar ini. Tiada yuran Penyertaan yang dikenakan.
Penyertaan adalah PERCUMA.
· Setiap penyertaan akan menerima Seminar material, minum
pagi, makan tengah hari, minum petang, sijil penyertaan dan tidak akan menerima
sebarang Malaysian Standard.
Untuk makluman YBhg.
Datuk / Dato’ / Tuan / Puan, bengkel ini bertujuan untuk:
1. Memberi pengetahuan mengenai keperluan untuk merancang
dan mereka bentuk masjid, pengurusan aset dan operasi penyelenggaraan masjid.
2. Mengaplikasikan penggunaan MS 2577:2014 dalam rekabentuk
pembangunan masjid.
3. Menggalakkan penyertaan aktif daripada sektor swasta dan
awam dalam aktiviti – aktiviti standard untuk pembangunan masjid.
Sekian, kerjasama dan jasa baik YBhg. Datuk/ Dato’/Tuan/
Puan adalah didahului dengan terima kasih
Tiada ulasan:
Catat Ulasan