KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20131229

Dapat 5A UPSR pun tak dapat masuk Sekolah Menengah Agama


Beberapa ibu bapa di N.Sembilan mengeluh, anak mereka mendapat 5A dalam UPSR 2013 tetapi tidak dapat masuk ke Sekolah Menengah Agama kerana terlalu ramai yang mohon masuk ke sekolah menengah agama.

Persoalannya kenapa dari dulu hingga sekarang bilangan sekolah menengah agama di N.Sembilan ini tidak bertambah mengikut permintaan semasa?

Kalau sekolah menengah agama tidak bertambah sedangkan setiap tahun permintaan semakin meningkat, kenapa tidak diberi bantuan lebih banyak kepada sekolah agama swasta agar yuran pengajian di sekolah agama swasta dapat dikurangkan dengan demikian lebih ramai pelajar dari keluarga kurang berkemampuan dapat masuk ke sekolah agama swasta?

Kenapa ada diberitakan sekolah agama di N.Sembilan ada yang menghadkan pengambilan pelajarnya hanya 25 orang untuk satu kelas?

Tolonglah, beri perhatian kepada masalah semasa, masalah di sekeliling kita.

Saya dengar bukan sekolah menengah agama sahaja tak cukup kelas, malahan sekolah menengah biasa pun terlalu padat murid.

Tengok saja di Rembau, dari saya sekolah tahun 70an dan 80an, tidak banyaksekolah menengah yang baru rasanya di Rembau. Tak pasti samada sekolah menengah yang baru siap di Pedas sudah boleh digunakan pada tahun 2014 ini.

Banjir, musibah dari Allah tidak boleh diramal


Bukan main lagi media mengatakan akan berlaku banjir gelombang kedua di pantai timur. Persoalannya kenapa tidak dapat diramal banjir gelombang pertama sebelum ini? Ketika media dan rakyat bersedia menghadapi banjir gelombang kedua di pantai timur, Allah mengirimkan hujan ke Sarawak. Marilah kita banyakkan bertaubat, lebih-lebih lagi menjelang detik 12 tengah malam 31 Disember 2013 ini. Detik di mana ramai manusia seluruh dunia meraikan dengan hiburan yang melalaikan.

EMPAT BAHAGIAN DI SARAWAK DILANDA BANJIR
29 Dis 2013

KUCHING: Keadaan hujan yang berterusan telah menyebabkan empat bahagian di Sarawak dilanda banjir hari ini.

Jurucakap Bilik Gerakan Bencana Negeri semasa dihubungi hari ini berkata, beberapa kawasan di Miri, Bintulu, Betong dan Sri Aman dinaiki air antara 0.5 meter dan satu meter.

Menurutnya dua buah keluarga juga telah dipindahkan ke pusat pemindahan sementara di Marudi, sebuah bandar di pedalaman di Miri.

Di bandar Bintulu pula, tujuh kawasan perumahan dinaiki air sehingga 0.5 meter namun jumlah penduduk yang terjejas dan perlu dipindahkan masih belum dapat dipastikan.

Lima buah penempatan yang terjejas di Sri Aman termasuk Rumah Panjang Lancaster King (lapan keluarga), Rumah Panjang Bujau (lapan keluarga), Rumah Ujang (tujuh keluarga), Kampung Sekait (lima keluarga) dan Kampung Melayu Baru (14 keluarga).

Satu-satunya penempatan di Betong yang dilaporkan dinaiki air ialah Kampung Lalang, Meludam; namun jumlah mangsa yang terjejas masih belum dapat dipastikan. - Bernama

20131228

Ambulan dalam kecemasan pun kena bayar tol?


Dalam perjalanan pulang dari KL sebentar tadi, ketika sedang beratur untuk bayar tol di Plaza Tol Senawang kedengaran dari belakang bunyi siren ambulan. Ingatkan ambulan ni akan lalulah laluan Touch & Go ke laluan Smart Tag ke atau laluan Motosikal, sebab laluan tersebut kosong. Rupanya ambulan tadi terpaksa beratur menunggu giliran di laluan Tiket.

Saya tak pasti samada ambulan pun perlu bayar tiket tol atau laluan Smart Tag atau Touch & Go tidak dapat dilalui ambulan dalam kecemasan jika tak ada kad Smart Tag atau Touch & Go.

Bayangkan macamana agaknya jika laluan Tiket tadi sesak teruk dan mangsa kemalangan dalam keadaan kritikal, dimana lambat 1 minit mungkin boleh menyebabkan kematian.

Selepas membayar tol, memang benar ambulan tadi sedang dalam kecemasan. Ada kemalangan di simpang tiga di Seremban Jaya berhampiran Tesco.

Kalau ambulan pun kena beratur di plaza tol, bagaimana pula bomba yang dalam perjalanan memadam kebakaran?

20131227

Sambutan Tahun Baru mendekatkan kita dengan kubur




Sambutan Tahun Baru sepatutnya menginsafkan kita semua kerana setiap kali kita menyambut tahun baru bermakna baki umur kita semakin pendek. Masa kita untuk bertaubat, beramal, bersedekah juga semakin pendek berbanding dengan tahun lepas. Selamat Menyambut Tahun Baru Masihi, semoga kita tergolong di kalangan orang yang mendapat rahmat dan keredhaan ALLAH.

KEMPEN JAUHI ZINA SEMPENA TAHUN BARU 2014 SELANGOR

Ustaz Azhar Idrus-Shiro dan Ustaz Haslin Bahrim-Sepahtu merupakan antara gandingan yang bakal mewarnai program ambang tahun baru 2014 Negeri Selangor.

Dua gandingan terbabit akan ditampilkan dalam segmen Sembang Santai dalam Program Generasi Idaman Selangor (GEMS) Sempena Ambang Tahun Baru 2014 yang diadakan pada 31 Disember di Dataran Kemerdekaan Shah Alam nanti, lapor Selangor Kini.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan negeri, Dr Halimah Ali, berkata berbeza dari program sambutan tahun baru dikebanyakkan negeri, GEMS Sempena Ambang Tahun Baru 2014 itu turut memfokuskan Kempen Anti Zina bagi membendung gejala zina di kalangan generasi masa kini.

KONSERT AMBANG 2014 SASAR 500,000 PENGUNJUNG

Kumpulan Ambank menyasarkan 500,000 pengunjung akan memenuhi Dataran Putrajaya, Presint 3 untuk Konsert Ambang 2014 Putrajaya pada 31 Disember.
  
Konsert yang dianjurkan bersempena sambutan tahun baharu ini turut mendapat kerjasama Perbadanan Putrajaya (PPj). Presiden PPj Tan Sri Aseh Che Mat berkata konsert Ambang ini boleh dianggap sebagai acara penutup kepada semua program yang dianjurkan di Putrajaya sepanjang tahun ini.
  

16 orang hilang setiap hari di Malaysia, majoriti remaja perempuan




26 Dis. 2013 - Kes orang hilang melibatkan kanak-kanak dan remaja perempuan berusia bawah 18 tahun semakin membimbangkan apabila purata 16 orang dilaporkan hilang sehari di seluruh negara sepanjang tahun lalu.

Berdasarkan statistik Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, sepanjang tahun lalu sebanyak 5,721 kes orang hilang dicatatkan dan hanya 3,127 atau 54.6 peratus daripada mereka dijumpai semula.




Buktikan projek beratus juta ringgit tidak gagal cegah banjir di Pahang


MRCB telah diberi kontrak beratus juta ringgit untuk mengurangkan risiko banjir di Pahang. Projek ini diberikan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran sekitar muara Sg Pahang dan persisiran pantai untuk mengurangkan risiko banjir ketika ombak pasang besar dan sebagainya. Dapatkah MRCB buktikan yang projek mereka Fasa 1 dan Fasa 2 tidak gagal kerana kini MRCB dapat pula kontrak RM130 juta untuk Fasa 3? Harap Ahli Parlimen Pakatan Rakyat dan BN dapat membangkitkan isu ini di Parlimen.

MRCB DAPAT PROJEK PEMULIHARAAN SUNGAI PAHANG FASA 3 BERNILAI RM130 JUTA

30 Ogos 2013(Bernama) -- Malaysian Resources Corporation Bhd (MRCB) memperoleh Projek Pemuliharaan Muara Sungai Pahang Fasa 3 bernilai RM130 juta di Pekan, Pahang. Kontrak itu diberikan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran.

Kuala Sungai Pahang (Phase 1)

The project was implemented in phases due to budget constraint. The main objectives can only be fulfilled once the Project is fully implemented.

The main objectives of the overall Project works are:
(i) To reduce the risk of coastal flooding to Pekan town and the surrounding areas.

Nevertheless, MRCB completed the Phase I works in December 2010 within 2 years contract period. For erosion control at Sungai Pahang river bank, rock revetment was build to dissipate high current velocity.

Kuala Sungai Pahang (phase 2)
Kuala Pahang Phase 2 works is carried out to continue the construction of the completed Phase 1 works without affecting the overall performance requirements of the full design. The project is expected to commence later in July 2011 and expected to complete in 18 months period.

The Phase 2 works will include:

(i) Partial construction of the northern breakwaters and dykes (at the Kuala Pahang river mouth) with the necessary temporary protection at the breakwater heads.
Another aspect of mitigation measures to be carried out is coastal flooding at Pekan Town. A coastal flooding study was also incorporated in the design of coastal protection structure in Phase II works.

20131226

Motivasi Pelajar di Ambang 2014


Motivasi Anak Kembali ke Sekolah


Kem Bestari Solat Kini Kembali


Adakah ladang kelapa sawit memburukkan banjir di Kemaman dan Kuantan?




Negara jiran kita mendapati perladangan kelapa sawit telah memburukkan keadaan banjir di sana. Kenapa apabila Kemaman dan Kuantan dilanda banjir terburuk, tidak dibuat kajian, dihantar saintis menyusuri sungai atau menaiki helikopter untuk mengkaji kenapa banjir kali ini paling buruk. Dalam perjalanan saya dari Kuala Terengganu ke Kuantan melalui jalan Bukit Besi saya dapati di daerah Kemaman begitu banyak kelapa sawit ditebang untuk penanaman semula yang terletak berhampiran sungai.

***************** 
Ternyata, Pohon Sawit Kerap Mengundang Banjir

Aceh Utara – Kepala BPBD Aceh Utara, Iskandar Majid mengatakan, keberadaan pohon kelapa sawit ternyata akan lebih mudah menimbulkan bencana alam seperti banjir. Berdasarkan ilmu yang diketahui Badan Penanggulangan Bencana Daerah (BPBD) itu, wilayah yang banyak ditumbuhi tanaman pohon kelapa sawit sering dilanda bencana banjir. Karena, jika tanah telah ditumbuhi pohon tersebut, maka gambut kelembapan atau disebut daya serap air yang dimiliki tanah disekitar lahan kebun sawit akan hilang. Sehingga air hujan yang tak dapat diserap oleh gambut itu mengalir ke perumahan-perumahan warga.


Green groups blame palm plantations

DAVAO CITY - Palm oil plantations in Mindanao have been added to a growing list of factors to blame for some of the worst cases of flooding that struck the island and for disasters of magnitudes unknown to the island in the past, like the storms “Sendong” and “Pablo.” On Saturday, environmental groups said palm oil plantations along with illegal logging, expansion of banana plantations and real estate development are among the main causes of the worst flooding brought by bad weather conditions that have recently hit Mindanao.


20131225

Murahnya naik bot di Terengganu, RM1 je


Rugi siapa yang melawat Kuala Terengganu tak naik bot penambang. Tambangnya teramatlah murah rasanya di Malaysia, RM1 je. Dahlah tambangnya murah, botnya pula mengembalikan nostalgia tahun 80an dan 70an dengan bot kayu dan bunyi enjin bot macam motosikal Harley Davidson. Bot beginilah yang dicari-cari oleh pelancong asing.

Mereka yang nak naik bot penambang ini boleh cari jeti berhampiran dengan Pasar Payang. Lagi menarik tiada kaunter jualan tiket dan tiada tempat menunggu khas. Cuma duduk sahaja atas bangku di jeti beratapkan langit atau pokok kelapa. Memang menarik.

Kemudian dengan bayaran RM1 boleh merentasi Sungai Terengganu menuju ke jeti Seberang Takir. Bayar di jeti Seberang Takir.

Apa yang menariknya mereka dari Gong Badak atau Kota Bharu tak perlu susah-susah cari tempat letak kereta di Pasar Payang. Letak saja kereta di jeti Seberang Takir dan naik bot penambang ke Pasar Payang.

Mereka yang melancong ke Kuala Terengganu jangan lepaskan peluang naik bot penambang yang susah nak dapat di Melaka, N.Sembilan, Johor, Perak dengan bayaran terlalu murah RM1 je.

Hairan kenapa kerajaan negeri Terengganu, TV3, TV1, Utusan Malaysia tak promosi betul-betul pelancongan bot penambang yang murah dan penuh nostalgia ini ????

20131224

Malaysia perlukan bot udara untuk misi menyelamat mangsa banjir


Malaysia sering dilanda banjir. Misi membantu dan menyelamat sering terhalang kerana bot biasa tidak boleh melalui kawasan yang cetek dan berpaya. Bot Udara atau “Airboat” adalah alternatifnya. Indonesia telah mengorak langkah menghasilkan sendiri Bot Udara. Malaysia sebenarnya boleh dan telah dihasilkan oleh anak Melayu, Zulkifli Haron yang berkelulusan IKM sahaja. Mungkin kerana Bot Udara ciptaan Zul terlalu murah, maka tiada pihak yang berminat untuk mengkomersialkannya untuk mendapat komisyen yang tinggi.

BPPT Kembangkan Kapal Rawa untuk Patroli TNI
23 Desember 2013

Jakarta (ANTARA News) - Badan Pengkajian dan Penerapan Teknologi (BPPT) mengembangkan kapal rawa untuk operasi patroli keamanan TNI Angkatan Laut di wilayah pedalaman. "Dibutuhkan sarana pengangkut pasukan untuk perairan pedalaman seperti di aliran sungai, danau, rawa atau daerah kotor lainnya yang tak mungkin dilalui oleh perahu atau kapal standar," kata Deputi Teknologi Industri Rancang Bangun dan Rekayasa BPPT Dr Erzi Agson Gani di Jakarta, Senin.


Airboat hoverkraf tempatan ciptaan Zul
4 April 20111

MEMANG sungguh menakjubkan!.” Itulah kata-kata yang terpacul ketika pertama kali menaiki Airboat atau Hydrodrive ciptaan tokoh inovasi tempatan, Zulkifli Haron di Tasik Biru, Kampung Kundang, Selangor baru-baru ini. Lebih menarik Airboat ciptaan Zulkifli menerusi syarikatnya Zull Design Autotronic (ZDA) lebih stabil berbanding dengan bot biasa.

Reka bentuk Airboat yang leper pada permukaan dan tajam di depan seperti bot biasanya menjadikannya lebih stabil dan tidak bergoyang walaupun dipandu pada kelajuan 60 hingga 80 kilometer sejam (km/j).

Zulkifli berkata, idea mereka bentuk Airboat timbul apabila melihat kos membeli sebuah hoverkraf yang boleh mencapai sehingga RM200,000.

Malah, keperluan hoverkraf amat luas seperti bagi kegunaan kerja menyelamat semasa banjir, membersihkan sungai, kegiatan riadah di tasik atau sungai, penyelidikan dan aktiviti memancing.

Ini kerana hoverkraf boleh digunakan pada tempat-tempat sempit, sungai yang kotor, kawasan paya bakau berlumpur dan kawasan tasik yang mempunyai sisa tunggul kayu.

Menggunakan semua bahan-bahan tempatan yang mudah didapati, airboat berkenaan amat mudah dikendali dan diselenggara.

“Airboat hanya menggunakan enjin kereta 1,600 kuasa kuda (CC) yang diubahsuai bagi disambungkan dengan kipas dengan diameter 1.5 meter,” katanya.


Kesian pengguna motosikal nak jimat minyak, tapi merbahaya


Kuala Lumpur 24 Dis 2013: Tabur paku besi di lorong laluan motosikal. Itu antara taktik dikesan dilakukan segelintir pengusaha bengkel dan individu tidak bertanggungjawab bertujuan memancitkan tayar kenderaan bagi meraih keuntungan mudah di beberapa laluan motosikal di sekitar ibu kota.

Pengusaha terbabit juga akan meninggalkan nombor telefon bimbit mereka di penghadang jalan dan dinding terowong, malah ada yang melekatkan iklan pada tiang papan tanda jalan raya atau pokok untuk khidmat menukar serta membaiki tayar motosikal yang pancit.

Kegiatan yang sudah lama dilakukan itu dikesan kembali aktif dengan penemuan kira-kira dua kilogram paku besi yang ditabur di sepanjang laluan motosikal berhampiran Plaza Tol Sungai Besi, Khamis lalu.

Bukan itu saja, aktiviti berkenaan juga dipercayai dilakukan orang awam yang menjadikan pekerjaan menukar tiub tayar motosikal sebagai pendapatan sampingan mereka.
Selain paku, terdapat juga individu tidak bertanggungjawab meletakkan peralatan tajam lain seperti skru dan serpihan kaca bertujuan memancitkan tayar.

Kakitangan swasta yang mahu dikenali sebagai Azhar, 21, berkata, pengalaman tiga kali menjadi mangsa cukup memberi pengajaran kepadanya supaya lebih berhati-hati setiap kali melalui laluan motosikal.

“Sepanjang tiga kali terkena, saya terpaksa menghabiskan wang sehingga RM210 hanya untuk menukar tiub tayar motosikal yang pancit. Kadang-kadang saya tidak minta bantuan mereka, tetapi mereka dengan sendiri menukarkan tiub dan meminta bayaran itu.

20131223

Marilah Kita Bantu Maahad Tahfiz di N.Sembilan


Maahad Tahfiz Al-Quran An Najihah di Nilai, Negeri Sembilan memberi peluang kepada kita semua untuk menambah amal jariah kita sebagai pelaburan yang berlipat kali ganda untungnya di akhirat insyaAllah dengan menyumbang atau sebagai wakaf untuk pembinaan 2 unit Kelas Hafazan Al Quran yang dianggarkan berjumlah RM 25,000 sahaja.

Kepada mereka yang ingin menyumbang keseluruhan, sebahagian atau sekadar kemampuan masing-masing sila hubungi ;

Ustaz Mohd Zawawi bin Haji Aman
Pengerusi Maahad Tahfiz Al Quran An Najihah
Lot 13504, Jalan Salak, Kg Jijan, 71800 Nilai, N.Sembilan
No. Pejabat : 06-7915070
No. Hp : 013-3331120/016-2633649

Sumbangan juga boleh disalurkan ke akaun :
Nama akaun : Maahad Tahfiz Al Quran An Najihah
No akauan : Maybank 555108301296.


Kepada mereka yang tidak mampu untuk menyumbang dalam bentuk kewangan, mohon doakan Maahad Tahfiz ini akan mendapat sumbangan yang diharapkan serta bantulah kongsi “share” atau sebarkan maklumat ini.

Kalau bukan kita yang bantu siapa lagi?
Siapa yang dapat pahala kalau kita yang bantu?

3 pasangan Islam bercerai setiap jam di Malaysia, dimana silapnya?


Walaupun kursus perkahwinan semakin canggih, hantaran perkahwinan semakin tinggi, namun kes perceraian semakin meningkat. Dimana silapnya? Marilah kita kembali kepada Islam sepenuhnya, mulakan dengan asas iaitu solat, pastikan semua pasangan yang hendak dan telah berkahwin tidak tinggal solat fardu, pastikan pasangan pengantin, ibu bapa pengantin, petugas kenduri kendara tidak tinggal solat semasa majlis perkahwinan.

Khutbah Jumaat boleh tak ketengahkan isu ini setiap kali musim cuti sekolah, musim kenduri kendara?

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :
"Carilah untuk dijadikan maskahwin walaupun sebentuk cincin yang diperbuat daripada besi" (Riwayat Bukhari)
"Sebaik-baik maskahwin ialah yang lebih rendah" (Riwayat Abu Daud)
"Sesungguhnya yang besar berkat nikah ialah yang sederhana belanjanya " (Riwayat Ahmad)

3 PASANGAN ISLAM BERCERAI SETIAP JAM DI MALAYSIA
23 Dis 2013

Institusi kekeluargaan Islam di Malaysia masih belum mencapai tahap kerapuhan teruk meskipun kadar perceraian dilapor meningkat dengan purata dua ke tiga perceraian pada setiap jam.

Ini kerana menurut Pengerusi Majlis Perunding Wanita Islam Malaysia (MPWIM) Prof Madya Datin Noor Aziah Mohd Awal, masyarakat Islam tempatan masih mempercayai hubungan suami isteri yang dijalin secara sah menerusi perkahwinan.

Perkahwinan ‘mi segera’ menurut Noor Aziah punca utama perceraian dan ia disebabkan pasangan yang mengenali pasangan dalam tempoh singkat, bercinta terlalu lama dan berkahwin kerana sudah terlanjur serta si perempuan mengandung.

Beliau yang juga Pensyarah Fakulti Undang-undang Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkata, pelbagai usaha perlu dilaksana secara proaktif untuk membimbing pasangan suami isteri.

20131222

Orang kita lebih suka lawak, hiburan, hantu, sihir


Lawak, hiburan, hantu, sihir lebih mendapat tempat di kalangan orang kita berbanding cerita teknologi. Dari kanak-kanak pra sekolah hinggalah ke usia nak masuk kubur masih sibuk dengan lawak, hiburan, hantu, sihir. Amat sikit orang kita yang gigih seperti Zull Design yang hanya berkelulusan IKM. Hadiah untuk program lawak dan hiburan pun lebih mahal berbanding pencapaian sains dan teknologi apatah lagi tilawah al Quran.

Zulkifli cipta 'Baju Terbang'

21 Dis. 2013 - Zull Design Autotronic (ZDA) yang terkenal dengan pelbagai ciptaan inovasi, kini tampil dengan rekaan terbaharu berteknologi tinggi iaitu jet pack yang setakat ini hanya dihasilkan oleh firma di Amerika Syarikat (AS).

Peralatan berteknologi tinggi yang ketiga direka di dunia itu tidak kurang hebatnya berbanding dengan jet pack yang dibuat oleh dua firma AS iaitu Jet Pack International (Jet P.I.) dan Martin Jet Pack.

Peralatan yang direka sejak dua tahun lalu oleh pengasas ZDA, Zulkifli Haron dan dinamakan sebagai 'Baju Terbang' itu masih di peringkat ujian dan dijangka siap sepenuhnya pada awal 2014.

Tentang kos penyelidikan dan pembangunan (R & D) peralatan itu, Zulkifli menjelaskan nilainya adalah jauh lebih rendah daripada jet pack keluaran AS yang dianggarkan melebihi RM10 juta.
This Is A $200K Jet Pack That You Can Buy In Two Years
Sep 30, 2013

It’s true. Martin Jetpack, a New Zealand-based company, has just revealed the latest prototype of its jet pack, which is promised to be available in mid-2014. Though the name suggests otherwise, the P12 Jetpack is actually propelled by ducted fans, powered by premium gas.

The P12 is said to reach a maximum of 46 mph, with a max flight time of around 30 minutes. In that time, at a normal speed of around 35 mph, the Martin Jetpack can transport an individual about 20 miles. The highest that this personal flight vehicle can go is 3,000 feet, but it’s recommended that the pilot remain around 500 feet.

20131220

Saintis baru jumpa punca banjir, gempa akibat tangan manusia


Baru sekarang saintis mengesahkan kebenaran ayat al Quran bahawa malapetaka seperti gempa bumi, banjir dan sebagainya adalah akibat perbuatan tangan manusia sendiri sepertimana yang dikatakan dalam al Quran. Marilah kita kembali ke jalan yang benar dengan banyak bertaubat, memenuhkan masjid dengan solat jemaah dan majlis ilmu.

HASIL kajian global yang dilakukan oleh seorang ahli geofizik dari Britain, Chrsitian Klose yang diterbitkan dalam Journal of Siesmology memberi makna yang jelas bahawa 92 gempa bumi yang kuat adalah disebabkan oleh manusia.

Bukan sahaja gempa bumi yang berlaku akibat kegelojohan manusia, bahkan lain-lain malapetaka alam turut membawa kepada suatu kesimpulan, kebanyakannya berlaku akibat kerakusan manusia.

Rumusan Christian Klose itu menepati apa yang diberikan amaran keras oleh Allah SWT: "Telah nampak kerosakan di darat dan di laut akibat perbuatan tangan manusia, supaya Allah merasakan mereka sebahagian dari akibat perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar)" (ar-Rum:41)

World’s worst earthquakes caused by man
Jonathan Leake, Science Editor Published: 8 December 2013

SCIENTISTS have suggested some of the world’s largest and most deadly recent earthquakes were not “natural” disasters at all — but were instead caused by human activities such as mining, reservoir construction and oil and gas extraction.

They believe the 2008 earthquake in Sichuan, China, which had a magnitude of 7.9 and killed 80,000 people, was triggered by the construction of the Zipingu reservoir.

In Britain the same research suggests the 2007 Folkestone earthquake, which rocked southeast England and measured 4.3, was triggered by the millions of tons of shingle piled up to protect Folkestone harbour.

The findings emerged from a global study of hundreds of earthquakes by Christian Klose, a consultant geophysicist, whose research in the Journal of Seismology identified 92 large earthquakes likely to have been caused by humans.