KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20131222

Orang kita lebih suka lawak, hiburan, hantu, sihir


Lawak, hiburan, hantu, sihir lebih mendapat tempat di kalangan orang kita berbanding cerita teknologi. Dari kanak-kanak pra sekolah hinggalah ke usia nak masuk kubur masih sibuk dengan lawak, hiburan, hantu, sihir. Amat sikit orang kita yang gigih seperti Zull Design yang hanya berkelulusan IKM. Hadiah untuk program lawak dan hiburan pun lebih mahal berbanding pencapaian sains dan teknologi apatah lagi tilawah al Quran.

Zulkifli cipta 'Baju Terbang'

21 Dis. 2013 - Zull Design Autotronic (ZDA) yang terkenal dengan pelbagai ciptaan inovasi, kini tampil dengan rekaan terbaharu berteknologi tinggi iaitu jet pack yang setakat ini hanya dihasilkan oleh firma di Amerika Syarikat (AS).

Peralatan berteknologi tinggi yang ketiga direka di dunia itu tidak kurang hebatnya berbanding dengan jet pack yang dibuat oleh dua firma AS iaitu Jet Pack International (Jet P.I.) dan Martin Jet Pack.

Peralatan yang direka sejak dua tahun lalu oleh pengasas ZDA, Zulkifli Haron dan dinamakan sebagai 'Baju Terbang' itu masih di peringkat ujian dan dijangka siap sepenuhnya pada awal 2014.

Tentang kos penyelidikan dan pembangunan (R & D) peralatan itu, Zulkifli menjelaskan nilainya adalah jauh lebih rendah daripada jet pack keluaran AS yang dianggarkan melebihi RM10 juta.
This Is A $200K Jet Pack That You Can Buy In Two Years
Sep 30, 2013

It’s true. Martin Jetpack, a New Zealand-based company, has just revealed the latest prototype of its jet pack, which is promised to be available in mid-2014. Though the name suggests otherwise, the P12 Jetpack is actually propelled by ducted fans, powered by premium gas.

The P12 is said to reach a maximum of 46 mph, with a max flight time of around 30 minutes. In that time, at a normal speed of around 35 mph, the Martin Jetpack can transport an individual about 20 miles. The highest that this personal flight vehicle can go is 3,000 feet, but it’s recommended that the pilot remain around 500 feet.

Tiada ulasan: