KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20131227

Sambutan Tahun Baru mendekatkan kita dengan kubur




Sambutan Tahun Baru sepatutnya menginsafkan kita semua kerana setiap kali kita menyambut tahun baru bermakna baki umur kita semakin pendek. Masa kita untuk bertaubat, beramal, bersedekah juga semakin pendek berbanding dengan tahun lepas. Selamat Menyambut Tahun Baru Masihi, semoga kita tergolong di kalangan orang yang mendapat rahmat dan keredhaan ALLAH.

KEMPEN JAUHI ZINA SEMPENA TAHUN BARU 2014 SELANGOR

Ustaz Azhar Idrus-Shiro dan Ustaz Haslin Bahrim-Sepahtu merupakan antara gandingan yang bakal mewarnai program ambang tahun baru 2014 Negeri Selangor.

Dua gandingan terbabit akan ditampilkan dalam segmen Sembang Santai dalam Program Generasi Idaman Selangor (GEMS) Sempena Ambang Tahun Baru 2014 yang diadakan pada 31 Disember di Dataran Kemerdekaan Shah Alam nanti, lapor Selangor Kini.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan negeri, Dr Halimah Ali, berkata berbeza dari program sambutan tahun baru dikebanyakkan negeri, GEMS Sempena Ambang Tahun Baru 2014 itu turut memfokuskan Kempen Anti Zina bagi membendung gejala zina di kalangan generasi masa kini.

KONSERT AMBANG 2014 SASAR 500,000 PENGUNJUNG

Kumpulan Ambank menyasarkan 500,000 pengunjung akan memenuhi Dataran Putrajaya, Presint 3 untuk Konsert Ambang 2014 Putrajaya pada 31 Disember.
  
Konsert yang dianjurkan bersempena sambutan tahun baharu ini turut mendapat kerjasama Perbadanan Putrajaya (PPj). Presiden PPj Tan Sri Aseh Che Mat berkata konsert Ambang ini boleh dianggap sebagai acara penutup kepada semua program yang dianjurkan di Putrajaya sepanjang tahun ini.
  

Tiada ulasan: