KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20140625

Tak bayar Zakat boleh dipenjara, kalau tak Solat?


Harap semua pihak dapat bertegas bab solat ini, iaitu solat wajib 5 waktu dan solat Jumaat. Masih ramai antara kita yang lalai solat 5 waktu, terutama apabila masuk waktu Maghrib, masih ramai berada di pasar malam, pasaraya. Begitu juga solat Jumaat, masih banyak majikan yang tidak memberi masa yang secukupnya untuk pekerja mereka menunaikan solat Jumaat. Solat Tiang Agama, Mereka Yang Tak Solat Meruntuhkan Islam.

Tindakan terhadap golongan tak bayar zakat
23 Jun 2014

Pusat Pungutan Zakat, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ MAIWP) dengan kerjasama agensi berkaitan berhasrat menguatkuasakan undang-undang terhadap golongan wajib yang tidak melaksanakan pembayaran zakat.

Pengerusinya, Datuk Che Mat Che Ali, berkata, tindakan itu dilihat wajar sekiranya semua usaha dakwah bagi menggalakkan golongan ini melunaskan tanggungjawab yang juga rukun Islam ketiga itu, tidak memberi kesan.

“Tindakan penguatkuasaan boleh dibuat seperti mana yang termaktub bawah Akta Kesalahan Jenayah Syariah 1993, yang boleh membawa kepada hukuman penjara selama enam bulan bagi mereka yang tidak membayar zakat fitrah dan zakat harta meskipun tergolong dalam golongan wajib bayar.

20140624

Bukti orang Melayu mempertahankan Melaka guna meriam dan senapang




Buku yang ditulis oleh John Crawfurd pada tahun 1856 “A descriptive dictionary of the Indian islands & adjacent countries” yang terdapat di Perpustakaan Awam Lyon menceritakan Portugis telah merampas 3000 jenis senjata api, senapang, pistol dan meriam dari orang Melayu pada ketika itu dan salah satunya ialah meriam yang paling besar.

Tentera Portugis begitu kagum dengan kehebatan teknologi senjata orang Melayu pada ketika itu.

Harap media betulkan fakta sejarah ini. Melaka bukan jatuh di tangan Portugis sebab orang Melayu bodoh teknologi pada ketika itu, hanya berperang guna keris dan tombak.

CERAMAH DI AMBANG RAMADHAN




CERAMAH DI AMBANG RAMADHAN
Tarikh : 27 Jun 2014, Jumaat
Masa : 7.45 mlm, selepas solat Maghrib
Tempat : Surau Taman Alamanda, Senawang
Penceramah : Ustaz Dr Haji Muhammad Farid Hadhari bin Mohamed Rusdi
Muslimin dan muslimat semua dijemput hadir

Izinkan saya tegur Perdana Menteri isu Teknologi dan Sejarah Melaka


Izinkan saya menegur sedikit kenyataan Datuk Seri Najib Tun Razak dalam siaran berita TV1 , Selasa 24 Jun 2014 jam 7 pagi tadi. Dalam ucapan beliau mengenai Formula 6K UMNO, PM menyebut agar menguasai teknologi. Melaka jatuh kerana orang Melayu pada ketika itu tidak menguasai teknologi. Lawan Portugis dengan tombak dan keris sedangkan Portugis guna meriam dan senjata terkini.

Saya mohon agar pakar sejarah dapat menegur PM dalam bab ini. Orang Melayu yang melawan Portugis pada ketika itu sudah ada meriam, sudah ada senapang. Malahan antara sebab Portugis menyerang Melaka ialah untuk mencuri pelbagai teknologi dari orang Melayu pada ketika itu.

Harap pakar sejarah dapat mendedahkan penemuan mereka kepada umum agar orang Melayu mencari kembali identiti mereka yang sebenarnya. Saya menegur kerana keturunan saya datang dari Minangkabau berkahwin dengan Orang Asli untuk mengusir Portugis dari bumi Tanah Melayu.

Artikel saya mengenai persoalan rupa bentuk senapang orang Melayu ketika melawan Portugis di http://rozmal.blogspot.com/2013/01/bagaimana-rupa-senapang-melayu-ketika.html

******************
Presiden Umno Garis '6K' Sebagai Resepi Utama Kekuatan Parti

KUALA LUMPUR, 23 Jun 2014 (Bernama) -- Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak menggariskan formula "6K" sebagai resepi kekuatan Umno untuk terus kukuh dan kekal relevan iaitu Ketaatan, Kesetiaan, Keberanian, Kesetiakawanan, Kebijaksanaan dan Keikhlasan.

****************
Najib Mahu Warga Felda Kuasai Ilmu, Teknologi Dalam Fasa Pembangunan
Isnin, 15 Ogos 2011

KOTA TINGGI: Warga Felda perlu menguasai ilmu dan teknologi di dalam fasa pembangunannya bagi memastikan ia berkemampuan menangani cabaran-cabaran pada masa kini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Ahad.

Beliau berkata kegagalan menguasai ilmu dan teknologi boleh menyebabkan Felda mengalami nasib yang sama sebagaimana yang menimpa kerajaan Kesultanan Melayu Melaka 500 tahun dahulu apabila ia dijajah oleh kuasa asing.

"Esok pada 15 Ogos, genaplah 500 tahun kerajaan Kesultanan Melayu Melaka jatuh ke tangan Portugis. Kita perlu menjadikan peristiwa itu sebagai iktibar," katanya ketika berucap pada majlis Rahmat Ramadan di Felda Ayer Tawar 2, di sini.

Katanya kejatuhan Melaka ke tangan penjajah Portugis pada tahun 1511 disebabkan dua faktor iaitu ketidaksetiaan serta kegagalan kesultanan dalam menguasai ilmu dan teknologi peperangan moden ketika itu.

Perdana Menteri berkata Melaka masih menggunakan persenjataan seperti tombak dan keris dalam usahanya untuk memerangi kekuatan bala tentera Portugis yang menggunakan meriam dan persenjataan terkini pada waktu itu.

20140623

Kepada mereka yang berhajat untuk menyertai Program Tahlil ini sila hubungi pihak penganjur


Kisah Remaja Terlanjur pun kita tak dapat selesai lagi



Saya ada menerima banyak panggilan telefon mengenai mana nak hantar remaja terlanjur disebabkan dalam Blog saya ada menyiarkan kisah ini. Saya hanya boleh bersimpati. Saya tidak menguruskan rumah perlindungan berkenaan. Saya nasihatkan mereka hubungi pejabat JKM terdekat untuk mendapatkan maklumat lanjut rumah perlindungan remaja terlanjur yang hamil berhampiran mereka.

Sahabat-sahabat semua, cukup cukuplah kita disibukkan dengan urusan dunia kita.

Sebarkanlah mesej kasih sayang, janganlah sebarkan mesej kutuk mengutuk, benci membenci.

Masyarakat kita kian parah. Banyakkan berdoa, berselawat, beristighfar.

Kisah Remaja OKU di Nilai, N.Sembilan ingatkan kisah “Pengalaman berbuka bersama ahli syurga”




Kisah menyayat hati remaja OKU di Nilai mengingatkan kembali pengalaman saya melawat rumah perlindungan kanak-kanak OKU di Taman Tuanku Jaafar, Seremban yang diusahakan secara sukarela.

Ramai diluar sana yang memerlukan bantuan, kalau kita tidak mampu, kita hulurkan sumbangan. Tak mampu juga, kita hebahkan tempat sebegini yang perlu dibantu. Tak mampu juga, berdoalah agar kita tergolong di dalam golongan orang yang bersimpati, bukan golongan orang yang semata-mata mencari kelemahan orang lain.

Kisah pasangan suami isteri tersebut dalam kisah “Pengalaman berbuka bersama ahli syurga” di http://waghih.blogspot.com/2008/09/pengalaman-berbuka-bersama-ahli-syurga.html

20140622

Bersangka baik polis yang tangkap orang berjudi.


Biarlah kita bersangka baik dalam kes ini. Mungkin polis yang terlibat dalam kes ini samada polis wanita atau polis yang bukan beragama Islam atau polis lelaki Islam yang sedang bermusafir, atau mungkin ianya satu kes yang darurat.

Ajal ketika judi waktu solat Jumaat
22 Jun 2014

TUMPAT – Seorang warga emas menemui ajal akibat serangan jantung selepas melarikan diri dari serbuan polis dalam kejadian judi sabung ayam di sebuah kebun rambutan di Kampung Kubang Panjang, Chabang Empat di sini, petang kelmarin.

Mangsa merupakan lelaki Melayu berusia 63 tahun dari Pasir Mas ditemui mati pada jam 6 petang, kira-kira 150 meter dari lokasi serbuan judi sabung ayam tersebut.

“Mangsa dipercayai suspek kes judi yang cuba melarikan diri ketika serbuan dilakukan. Mayat mangsa dibawa ke Hospital Tumpat untuk bedah siasat dan punca kematiannya akibat serangan jantung,” katanya.

Menurutnya, serbuan itu dilakukan ketika solat Jumaat berlangsung oleh sepasukan anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Tumpat.

Jangan leka dengan Piala Dunia, tengoklah jiran tetangga, saudara mara kita


Semalam ketika bergotong royong persiapan forum Di Ambang Ramadhan di rumah saya, Hj Nasir terkejut apabila dia menziarahi sebuah rumah di Kg Semerbok, Rembau. Begitu daif sekali keadaan rumah tersebut, atap rumahnya banyak yang bocor, bekerja hanya sebagai pengawal keselamatan. InsyaAllah, kita sedang berusaha untuk membantu keluarga ini.

Janganlah kita leka dengan Piala Dunia, kereta kita, Whatsapp kita. Tengoklah mereka sekeliling kita, pekerja kutip sampah, penyapu longkang, pengawal keselamatan, mereka ini tidak pernah mengadu, meminta-minta. Entah-entah ramai jiran tetangga kita, saudara mara kita, mengalami nasib serupa dengan keluarga di Nilai, Negeri Sembilan ini. Jika mereka bukan saudara kita, setidak-tidaknya mereka ini saudara kita dalam Islam, kalau mereka ini bukan saudara se Islam kita, mereka ini dari keturunan yang sama, keturunan Nabi Adam AS.

Sebelum kita nak salahkan JKM atau Baitul Mal dalam kes ini, salahkan diri kita sendiri, ada tak kita selalu pergi ke tempat sebegini yang banyak ada di kejiranan kita? Kalau di Senawang, boleh saya tunjukkan di mana, kalau di Rembau boleh saya tunjukkan di mana.

Lekalah kita semua dengan Piala Dunia, lekalah kita semua dengan Buffet Ramadhan, lekalah kita semua dengan Lagu Raya, kita pasti akan ditanya di hadapan ALLAH akan nasib keluarga-keluarga seperti ini yang ada di kejiranan kita, di kampung kita.

‘Mereka tidak tahu kesempitan hidup saya’
22 Jun 2014

Seremban: “Semua orang salahkan saya dan tuding jari ke arah saya menuduh saya tidak tahu menjaga anak dengan baik, tetapi mereka tidak tahu kesempitan hidup dan kesengsaraan yang saya alami.

“Saya sayangkan anak saya tetapi saya perlu bekerja dan menyara kehidupan dia, saya dan seorang lagi anak lelaki berusia tujuh tahun,” kata ibu remaja orang kelainan upaya (OKU) yang ditemui dalam keadaan menyayat hati oleh Jabatan Imigresen Negeri Sembilan dalam sebuah bilik di Flat Semarak, Taman Semarak Fasa 2 di Nilai, semalam.
Remaja malang itu, Muhammad Firdaus Dullah, 15, ditemui Pengarah Imigresen Negeri Sembilan Faizal Fazri Othman dalam operasi 6P bersepadu di kawasan flat berkenaan selepas melakukan pemeriksaan di rumah itu.

Ibu remaja itu yang kini isteri kedua dan mahu dikenali sebagai Lola, 40, berkata, dia bukan meninggalkan anak sulungnya yang menghidap penyakit celebral palsy itu tanpa jagaan dan tidak diberi makan, sebaliknya dia mendakwa meninggalkan makanan dalam bekas polisterin sebelum ke tempat kerjanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Katanya, waktu kerjanya yang tidak menentu menyebabkan dia tiada masa menguruskan Muhammad Firdaus dengan baik dan mahu anak lelakinya itu berdikari.

“Saya tidak pernah mendaftar anak saya dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kerana tidak tahu caranya dan terpaksa meninggalkannya sendirian kerana bekerja mencari wang,” katanya.

20140620

Tabung Masjid Berantai Besar Boleh Galakkan Kecurian


Fenomena mencuri tabung masjid nampaknya sudah menjadi lumrah. Pencurinya boleh dikatakan majoritinya orang Melayu kita. Saya nak cadangkan agar JAKIM mengarahkan semua masjid di Malaysia ini mencontohi Masjidil Haram di Mekah dan Masjidil Nabawi di Madinah yang tiada tabung masjid. Siapa yang nak derma serah terus pada Bendahari, masukkan dalam akaun Masjid dan sebagainya. Takut nanti kita akan ditanya di akhirat nanti, tabung masjid kita tadi menjadi penggalak, pendorong untuk orang datang mencuri, lebih-lebih lagi tabung yang dirantai dengan rantai kayu balak.

Motosikal dicuri 'pengail' tabung masjid
19 Jun 2014

KUALA TERENGGANU - Bukan sahaja nyaris cedera akibat diserang semasa dalam usaha membantu menangkap lelaki yang cuba mencuri duit tabung masjid, malah seorang pemuda terpaksa menanggung kerugian apabila motosikal Honda Wave miliknya dilarikan penjenayah terbabit.

Kejadian tragis itu berlaku kira-kira jam 5.30 pagi, berhampiran Masjid Kampung Kubang Ikan, Chendering, di sini, Isnin lalu.

Mangsa, Abdul Halim Abdul Ghani, 28, berkata, sebelum insiden itu, dia bersama empat lagi rakan sekampungnya sedang menyaksikan perlawanan bola di sebuah kedai makan berhampiran masjid berkenaan.

Sementara itu, bilal masjid berkenaan, Che Ku Ahmad Che Ku Jaafar, 54, berkata, lebih kurang jam 5 pagi sejurus tiba di masjid untuk membuka lampu, dia ternampak kelibat susuk tubuh manusia sedang meniarap di sebelah tabung dalam keadaan mencurigakan.

Che Ku Ahmad berkata, kejadian sama juga pernah berlaku sebelum ini.

20140618

Tapir di Malaysia terancam dan kepupusan, sumbangan cuma RM15,000




17 Jun 2014 – Eksploitasi secara besar-besaran kawasan hutan untuk kegiatan pertanian, pembangunan mahupun pemburuan menyebabkan tapir meninggalkan habitatnya dengan berpindah ke tempat lain.

Presiden Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS), Prof. Maketab Mohamed berkata, ancaman itu menyebabkan tapir berkemungkinan pupus akibat menyusup ke kawasan pinggir bandar sehingga banyak kes haiwan ini mati dilanggar kenderaan sewaktu mencari habitat baharu.

Ujarnya, usaha proaktif perlu dilakukan oleh semua pihak bagi memastikan pemuliharaan tapir secara berterusan demi kesinambungan generasi mamalia itu.

“Kita menubuhkan tabung Tapir di Mutiara Resort Taman Negara (MTNR) untuk membolehkan orang ramai menghulurkan sumbangan untuk mengumpul dana bagi tujuan usaha pemuliharaan haiwan ini,” ujarnya selepas melancarkan Program Konservasi Tapir, di Kuala Tahan, dekat sini semalam.

Pada majlis itu, Pejabat Pelancongan Pahang menyampaikan sumbangan RM15,000 kepada MNS untuk tabung konservasi tapir bagi tujuan pendidikan dan konservasi haiwan berkenaan.