Biarlah kita bersangka baik dalam kes
ini. Mungkin polis yang terlibat dalam kes ini samada polis wanita
atau polis yang bukan beragama Islam atau polis lelaki Islam yang
sedang bermusafir, atau mungkin ianya satu kes yang darurat.
Ajal ketika judi waktu solat Jumaat
22 Jun 2014
TUMPAT – Seorang warga emas menemui
ajal akibat serangan jantung selepas melarikan diri dari serbuan
polis dalam kejadian judi sabung ayam di sebuah kebun rambutan di
Kampung Kubang Panjang, Chabang Empat di sini, petang kelmarin.
Mangsa merupakan lelaki Melayu berusia
63 tahun dari Pasir Mas ditemui mati pada jam 6 petang, kira-kira 150
meter dari lokasi serbuan judi sabung ayam tersebut.
“Mangsa dipercayai suspek kes judi
yang cuba melarikan diri ketika serbuan dilakukan. Mayat mangsa
dibawa ke Hospital Tumpat untuk bedah siasat dan punca kematiannya
akibat serangan jantung,” katanya.
Menurutnya, serbuan itu dilakukan
ketika solat Jumaat berlangsung oleh sepasukan anggota polis dari
Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Tumpat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan