Fenomena mencuri tabung masjid
nampaknya sudah menjadi lumrah. Pencurinya boleh dikatakan
majoritinya orang Melayu kita. Saya nak cadangkan agar JAKIM
mengarahkan semua masjid di Malaysia ini mencontohi Masjidil Haram di
Mekah dan Masjidil Nabawi di Madinah yang tiada tabung masjid. Siapa
yang nak derma serah terus pada Bendahari, masukkan dalam akaun
Masjid dan sebagainya. Takut nanti kita akan ditanya di akhirat
nanti, tabung masjid kita tadi menjadi penggalak, pendorong untuk
orang datang mencuri, lebih-lebih lagi tabung yang dirantai dengan
rantai kayu balak.
Motosikal dicuri 'pengail' tabung
masjid
19 Jun 2014
KUALA TERENGGANU - Bukan sahaja nyaris
cedera akibat diserang semasa dalam usaha membantu menangkap lelaki
yang cuba mencuri duit tabung masjid, malah seorang pemuda terpaksa
menanggung kerugian apabila motosikal Honda Wave miliknya dilarikan
penjenayah terbabit.
Kejadian tragis itu berlaku kira-kira
jam 5.30 pagi, berhampiran Masjid Kampung Kubang Ikan, Chendering, di
sini, Isnin lalu.
Mangsa, Abdul Halim Abdul Ghani, 28,
berkata, sebelum insiden itu, dia bersama empat lagi rakan
sekampungnya sedang menyaksikan perlawanan bola di sebuah kedai makan
berhampiran masjid berkenaan.
Sementara itu, bilal masjid berkenaan,
Che Ku Ahmad Che Ku Jaafar, 54, berkata, lebih kurang jam 5 pagi
sejurus tiba di masjid untuk membuka lampu, dia ternampak kelibat
susuk tubuh manusia sedang meniarap di sebelah tabung dalam keadaan
mencurigakan.
Che Ku Ahmad berkata, kejadian sama
juga pernah berlaku sebelum ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan