KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20141013

Kelas Jawi untuk pelajar miskin




Anak Muda Prihatin Rembau dengan kerjasama Yayasan Amal Malaysia Cawangan N.Sembilan akan mengadakan Kelas Bimbingan untuk Memperkasa Tulisan Jawi untuk pelajar sekolah rendah yang datang dari keluarga yang berpendapatan rendah.

Kelas Bimbingan Memperkasa Tulisan Jawi ini mensasarkan seramai 20 orang pelajar dan akan diadakan di Taman Al Quran, Taman Seri Rembau, Rembau.

Kos yang diperlukan untuk mengendalikan kelas ini selama 2 bulan ialah sekitar RM750 sahaja, sudah termasuk bahan bantuan mengajar, pengangkutan serta saguhati tenaga pengajar.

Mereka yang ingin menyumbang bolehlah menghubungi Ustaz Farhan 013-6608271 atau saya sendiri Hj Rozmal 012-2267406.

Sumbangan juga boleh disalurkan terus ke akaun CIMB, Ustaz Muhammad Farhan bin Mohammad Zaki , No Akaun 7611864060

Hj Rozmal bin Malakan
Timbalan Pengerusi
Yayasan Amal Malaysia Cawangan N.Sembilan

Tiada ulasan: