****************
Assalamualaikum.
Tuan Rozmal,
Kak F adalah seorang yang menghadapi
kesusahan buat masa ini. Tak tahu kemana nak mengadu, dah usahakan
pelbagai cara dan ikhtiar dimana2 sahaja, akan tetapi tak berhasil.
Diharap tuan bacalah permasahalahan
yang Kak F tuliskan di bawah ini, dan Kak F harap tuan dapat membantu
Buat masa ni, paip air telah di kunci
pada pagi tadi jam 10 pg ( 1 Okt 2014). Segala kerja2 rumah xdpt di
teruskan kerana tiada air. Apatah lagi kalau nak mengerjakan amal
ibadat. Kak F dah buntu untuk mencari penyelesaiannya. Kak F telah
memohon pada pej KWSP untuk keluarkan wang simpanan account 2, tapi
pihak KWSP mengatakan tidak ada prosediur yang boleh ber buat
demikian.
Kak F hanya menunggu masa nak keluarkan
wang KWSP selama 7 bulan sahaja lagi. Sekiranya ada cara2 atau
ikhtiar tuan untuk membantu Kak F, Kak F berjanji akan membayarkan
kesemua wang itu apabila sampai bulan April 2015.
Kak F sanggup menandatangi apa saje
surat perjanjian asalkan Kak F dapat segera pinjaman ini untuk
melunaskan tunggakan sewa rumah yang sedia ada ini. Kalau boleh
sebelum hari raya a.adha ni. Tapi kalau xdapat waktu itu pun x apa.
Asalkan Kak F dapat segera bantuan ini untuk memasang semula paip air
yang di kunci.
Kak F mempunyai sebuah rumah
peninggalan arwah bapa di kampong di ….... Tapi rumah itu telah pun
di berikan kepada …...... untuk dijadikan madrasah bagi
mengendalikan kegiatan 2 amal seperti majlis ilmu, pengajian belajar
Al-Quran sera kelas fardhu ain dan sebagainya. Kak F tidak mengenakan
sebarang bayaran sewa kerana nak membantu sahabat2 kita utk melakukan
kerja2 amal. Tapi Kak F tak tergamak untuk meminta tolong dari mereka
kerana kekurangan yang ada pada sahabat2 kita. Cuma di minta
sedekahkan bacaan Yasin setiap kali memulakan majlis ilmu, kepada
arwah2 ibubapa akak.
Diharap tuan rozmal dapat hilightkan
masaalah Kak F ini kpd sesiapa saje yang sudi membantu akak dengan
segera. Kak F amat memerlukan bantuan ini di segerakan memandangkan
masaalah ketiadaan air ini amat merumitkan sesiapa saje yang berada
di tempat Kak F.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan