Alhamdulillah, Allah izinkan kami
Yayasan Amal Malaysia Cawangan N.Sembilan tangani beberapa kes pada
tahun ini, hanya melalui kehendak Allah semata-mata dengan sokongan
doa dan sumbangan orang ramai.
Antaranya :
1. Kes pelajar cemerlang tak cukup wang
daftar masuk IPTA di Johor
2. Kes pelajar IPTA yang ditahan sijil
kerana tak mampu bayar yuran tertunggak IPTA di KL
3. Kes remaja hamil luar nikah
4. Kes ibu tunggal dengan tunggakan
sewa yang tinggi di perumahan awam DBKL
5. Bantuan pelajar madrasah, sekolah
pondok yang susah mempunyai tunggakan yuran
6. Bantuan kempen sumbangan untuk
pembangunan sekolah tahfiz
7. Bantuan kempen sumbangan program di
surau rumah pangsa kos rendah
8. Sumbangan laptop terpakai utk
pelajar IPT dari keluarga susah
9. Program waqaf buku belajar solat utk
golongan mualaf
10. Bengkel temuduga utk graduan,
percuma utk graduan dari keluarga susah
Pihak kami terdiri dari sukarelawan.
Kami terdiri dari mereka yg bekerja sepenuh masa di pelbagai sektor
industri. Kami tidak mempunyai sumber dana yg tetap, hanya sumbangan
ahli dan orang ramai.
Oleh itu kami amat mengalu-alukan
sumbangan orang ramai.
Maklumat lanjut di laman sesawang
Yayasan Amal Malaysia Cawangan N.Sembilan di
http://yam-ns.blogspot.com
Hj Rozmal bin Malakan
Timbalan Pengerusi
Yayasan Amal Malaysia Cawangan
N.Sembilan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan