Saya menerima mesej berikut ; “Ibu bapa yang mengambil anak
dari Sekolah Kebangsaan Pilin yang tinggal di Kg Durian Daun dan berdekatan,
mengeluh kerana polis sering membuat sekatan jalan di bawah jambatan highway
dan menahan mereka yang tidak punyai lesen dan road tax motor.”
Jawapan saya : “Tak dapek den nak tolong do”
Nasihat saya : Patuhilah undang-undang jalanraya. Kalau
lesen dan roadtax ada kenapa perlu takut dengan polis? Lainlah kalau sekatan jalanraya
tersebut menyebabkan kesesakan lalulintas yang berbatu-batu. Rasanya Kg Pilin
takkan “jammed” kalau ada “roadblock”. Gunalah basikal kalau tak ada lesen,
lebih jimat dan tak kena saman.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan