KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20141003

Surat terbuka kpd Pengarah DBKL, KWSP, CEO GLC


Susulan ibu tunggal yang susah diberi notis keluar dari Perumahan DBKL dalam tempoh 14 hari sebelum 15 Oktober 2014.

Tuan, seorang ibu tunggal di Kuala Lumpur telah menghubungi saya (Rozmal bin Malakan) mengadu nasib dia mungkin terpaksa keluar dari perumahan DBKL kerana tunggakan sewa yang agak banyak. Ibu tunggal ini yang bernama Kak F dapat nombor telefon saya di internet.

Saya bukan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat atau BN di Wilayah Persekutuan. Saya cuma tukang cuci tandas surau di tempat saya di Rembau.

Aduan Kak F ini memang saya dapati sah. Kak F ni ibu tunggal, banyak tanggungan. Bekerja sebagai pekerja bawahan di sebuah GLC yang begitu amat terkenal di seluruh Malaysia.

Kak F bukan minta lupuskan hutang. Dia cuma minta tangguh sementara dia akan cukup umur 55 tahun pada tahun 2015 nanti agar dia boleh gunakan simpanan KWSPnya yang lebih dari mencukupi untuk melunaskan tunggakan tersebut.

Saya tak ada kuasa untuk mengarahkan KWSP berbincang dengan DBKL, bagaimana prosedur di luar SOP, agar dapat memastikan simpanan KWSP Kak F boleh digunakan untuk melunaskan tunggakan sewa tersebut.

Apa guna tuan orang Melayu, ada kuasa, tidak boleh berbincang bersama antara DBKL, KWSP, GLC untuk menyelesaikan masalah Kak F. Kak F bukan nak percuma, dia cuma minta tolong bagaimana dia boleh gunakan simpanan KWSP yang lebih dari cukup agar dia tidak “TERHALAU” dari kediaman DBKL menjelang Idil Adha ini.

Ibu tunggal ini pernah mendapat bantuan Zakat, namun masih tidak cukup untuk melunaskan tunggakan tersebut.

Tuan kalau nak tolong Kak F ini, sila SMS atau Whatsapp kepada saya Rozmal bin Malakan 012-2267406 , kerana waktu bekerja saya agak sibuk kerja kilang di Seremban untuk melayan panggilan telefon, saya akan berikan nombor telefon Kak F ini.

Kepada sesiapa di FB ini yang kenal Pengarah DBKL, KWSP dan GLC yang terkenal tersebut silalah “Share” artikel ini.

Yang mempunyai banyak dosa dan tak terpikul amanah,
Rozmal bin Malakan
Rembau
3 Okt 2014

Tiada ulasan: