Rasanya kalau ada peruntukan dari kerajaan negeri saya rasa
kursus perkahwinan ini bukan sahaja boleh dikurangkan bayarannya, bahkan boleh
diberi secara percuma. Kepada mana-mana belia di N.Sembilan ini yang ingin
berkahwin tetapi benar-benar tidak mampu untuk membayar yuran kursus
perkahwinan ini sila hubungi saya 0122267406.
Bimbang bebankan bakal pengantin
18 Februari 2015
JEMPOL - Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan
(JHEAINS) diminta tidak menaikkan bayaran kursus pra perkahwinan yang ketika
ini pada kadar RM80.
Ketua Pemuda Umno Bahagian Jempol, Mohd Nizam Aman berkata,
pihaknya berharap JHEAINS mengkaji terlebih dahulu hasrat berkenaan agar ianya
tidak membebankan bakal pengantin.
"Kita menerima banyak pertanyaan daripada belia
mengenai ura-ura kenaikan harga bayaran kursus terssebut yang mana difahamkan
ia akan dikuatkuasakan tidak lama lagi.
“Kita berharap JHEAINS mengkaji terlebih dahulu agar ianya
tidak timbul kebimbangan di kalangan mereka," katanya.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Penutup
dan Penyampaian Sijil Kursus Pra Perkahwinan Islam Siri Tiga anjuran Koperasi
Kariah Masjid Felda Gugusan Raja Alias Jempol Berhad, dengan kerjasama Noraz
Qaseh Enterprise di Dewan Orang Ramai Felda Raja Alias 2.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan