KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20150219

Pelajar IPT tertekan, duit PTPTN tak cukup

Sekarang ni jika ada org susah perlukan bantuan, ada yg saya tak boleh berikan butir peribadi, siapa nama, mana mereka tinggal dsbnya.

Tadi saya dihubungi oleh seorg pelajar IPT yg sedang mencari individu yg boleh beri pinjaman. Duit PTPTN setelah ditolak yuran cuma tinggal RM100 utk belanja 1 semester. Sedangkan ayahnya org susah, kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

Permohonan zakatnya ditolak kerana masalah teknikal.

Saya cuma boleh bantu beri sedikit duit makan, itu saja.

Tolonglah perhatikan anak bangsa kita di IPT. Adakah kita nak tunggu mereka jadi GRO, buat pinjaman Ahlong, jadi keldai dadah dsbnya?

Ini mungkin satu kes dari banyak kes, tip of the iceberg.

Maaf, saya tak dapat berikan butiran pelajar-pelajar yg bermasalah ini utk mengelakkan mereka diganggu atau ada yg ambil kesempatan terhadap mereka.

Tiada ulasan: