Hari ni perasaan tanah dekat longkang
belakang rumah lembab padahal cuaca panas terik.
Bila tengok meter air, meter berjalan,
padahal semua kepala paip telah ditutup. Sah ada kebocoran.
Sejak beberapa bulan Rembau dicatu air
kerana paras empangan Gemencheh kritikal.
Apabila air dibekalkan selang sehari
selepas air dicatu, tekanan udara yang datang dulu, kemudian tekanan
air yang amat kuat.
Lama kelamaan, saban hari catuan dibuat
akan menyebabkan paip rumah kita pecah.
Awal bulan ini rumah PPR seorang warga
emas yg tinggal seorang diri di Kg Rendah dipotong oleh SAINS kerana
tunggakan air sekitar RM300.
Tadi kawan kata rumah emak dia di
Penajis pun paip bocor.
Mohon kerajaan negeri dan SAINS siasat
perkara ini. Sekiranya ada bil air yang melampau tinggi dari bulan
lain, agar diberi diskaun bil air bulan tersebut mengikut purata bil
setahun.
Jika benar catuan air menyebabkan
tekanan air melebihi kadar tekanan yg dibenarkan, adakah SAINS boleh
membayar ganti rugi membaiki paip yg pecah?
Mohon SAINS kaji kaedah pelepasan air
selepas catuan utk mengurangkan risiko paip pecah.
Hj Rozmal bin Malakan
Kg Sg Layang
1 Feb 2015
Tiada ulasan:
Catat Ulasan