Di bawah ini SMS yg saya terima pd 18.2.15 jam 7.36 pg dari
satu keluarga mualaf di Selangor. InsyaALLAH saya sedang cuba menghubungi pihak
masjid utk menjelaskan pembayaran pengurusan jenazah tersebut hasil sumbangan
org ramai ;
“Assalam. Haji Rozmal, dimaklumkan ibu telah kembali ke
rahmatulah pagi td sekitar jam 5pagi. Sekarang tgh tunggu adik beradik dtg dr
.... Td subuh tuan imam minta irfan sediakan belanja utk sgala kelengkapan
urusan pengkebumian sbyk rm900. Irfan cuma ada rm100 saja sisa duit yg abg
rozmal beri tempnhari. Tidak cukup rm800 lg. Dlm keadaan fikiran serabut, irfan
tak tahu berbuat apa2. Mohon abg rozmal dpt pertimbangkan. Jenazah mungkin akan
dikebumikan selepas zohor. Wassalam.”
Sambungan kisah keluarga mualaf di Selangor yg sedang urus
jenazah ibu mereka yg juga mualaf. InsyaALLAH tengahari nanti saya akan
masukkan sumbangan ke keluarga ini. Di bawah ini SMS pd 18.2.15 jam 8.45 pg.
Urusan jenazah oleh pihak surau katanya;
“Efan, akak cakap dengan imam sudah. Imam geleng kepala
terus tanya akak, takan adik-beradik kita tiada duit sampai minta sama orang.
Imam cakap menyusahkan dan terus berlalu pergi macam itu saja. Tak apalah, akak
cuba pinjam dari duit ahli Amanah Ikhtiar Malaysia saja. Mudahan kak salmiah
dapat beri pinjamkan dulu. Efan maklumkan pada haji Rozmal, akak minta maaf.
tengok gaya tuan imam pun jadi malu. Dah tu imam bercakap depan ramai orang.
Kita sabar jak, ada hikmah di sebalik semua ini. Akak akan cuba cara lain.”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan