KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20150201

Kenapa ramai sesat di Gunung Datuk, Rembau?

Saya pernah mendaki Gunung Datuk lebih 10 tahun dulu membawa anak-anak dan anak-anak jiran sekitar 9 orang tanpa jurupandu dan tanpa orang dewasa lain, serta saya tidak pernah mendaki mana-mana gunung termasuk Gunung Datuk sebelum itu. Alhamdulillah, dengan izin Allah kami berjaya mendaki dan turun dengan selamat, cuma saya cramp kaki bila dah nak sampai turun. Laluannya amat mudah, lurus, tiada berbelit-belit, cuma ada di satu tempat di pertengahan jalan apabila pandang keliling semua nampak sama, tapi masih nampak trek jalan.

Hanya Allah yang Maha Mengetahui kenapa ramai yang sesat di Gunung Datuk akhir-akhir ini, padahal mereka ini lebih berpengalaman dan bertenaga dari saya.

Kepada Allah kita berserah dan bertawakal.


Lagi sesat di Gunung Datuk
1 Februari 2015

REMBAU – Hasrat dua jurutera kilang di Nilai dan Seremban untuk menikmati keindahan di puncak Gunung Datuk tidak kesampaian apabila mereka sesat di dusun durian di Kampung Chengkau Ulu, dekat sini, semalam.

Mangsa, B Jagates, 25, dan M Dashan, 26, yang mendaftar di Pos Kawalan Gunung Datuk pada jam 7.30 pagi dijumpai pasukan penyelamat di kawasan dusun durian, lebih dua kilometer dari Gunung Datuk kira-kira jam 4.10 petang.

Menurut Jagates, mereka mulai sedar telah tersasar laluan apabila tidak tiba di puncak setelah dua jam perjalanan sebelum berpatah balik untuk turun ke tapak kaki Gunung Datuk.

“Namun kami masih lagi tidak menemui jalan keluar sehingga jam 11 pagi dan kami membuat keputusan untuk menghubungi pasukan penyelamat. Kami cuba mencari jalan keluar melalui anak air dan sering berkomunikasi dengan pasukan penyelamat.

"Sebelum ini kami sering melakukan aktiviti riadah seperti ini dan mengubah lokasi pendakian dengan memilih Gunung Datuk setelah lebih lima kali mendaki Bukit Broga,” katanya ketika ditemui pemberita di Tapak Kaki Gunung Datuk, semalam.

Tambah Jagates, walaupun berdepan dengan pengalaman itu, mereka masih berhasrat untuk meneruskan pendakian di Gunung Datuk pada masa akan datang.

“Mungkin kami akan guna khidmat jurupandu. Sebelum ini, saya pernah mendaki Gunung Kinabalu dan trek lebih jelas, tetapi di Gunung Datuk ini, laluan agak mengelirukan," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintenden Ibrahim Sharif berkata, sepasukan 15 penyelamat terdiri daripada polis, bomba, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (Jpam) dan jurupandu telah memulakan operasi pencarian pada jam 12.10 tengah hari.

Menurutnya, pasukan penyelamat melakukan pencarian ke puncak Gunung Datuk namun berpatah balik selepas mendapati lokasi sebenar mangsa adalah di kawasan dusun milik penduduk kampung.

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Pasang handrail dengan diameter 50mm sehingga puncak Gunung Datuk supaya OKU pun boleh mendaki tanpa tersesat

Tanpa Nama berkata...

cadangan yang amat baik...apa kata kita laksanakan..kalau tidak, idea yang bernas itu akan menjadi idea yang bernasI jika disia-siakan....

Tanpa Nama berkata...

hire guide laaa
banyak benda boleh belajau

Esteri Mumpung berkata...

Salam kekasihku
Saya benar-benar tidak tahu dari mana hendak memulakan testimoni saya kerana nama saya yang sangat gembira ialah Esteri Mumpung, dari Phillipine, Puan Rebacca Alma datang untuk menyelamatkan saya dan menghilangkan semua kesedihan saya.
Sungguh mengagumkan apabila saya berfikir bahawa semuanya telah selesai dengan saya, saya sangat terhutang budi sehinggakan orang-orang yang saya pinjam dari geng itu memerangi saya dan kemudian menahan saya akibat hutang saya. ditahan selama berbulan-bulan tempoh rahmat diberikan kepada saya ketika saya dipulangkan dan dibebaskan untuk pergi dan menjana wang untuk melunaskan semua hutang yang saya terima sehingga saya diberitahu bahawa terdapat pemberi pinjaman dalam talian yang sah jadi saya perlu mencari di blog yang saya ditipu sebelum ini tetapi ketika saya menjumpai SYARIKAT PINJAMAN REBACCA ALMA, Tuhan mengarahkan saya kepadanya dan di sebuah blog kerana tarikan saya terhadapnya benar-benar suatu keajaiban mungkin kerana Tuhan telah melihat bahawa saya mempunyai banyak penderitaan dan itulah sebabnya dia mengarahkan saya kepadanya. Oleh itu, saya melamar dengan penuh semangat setelah beberapa jam pinjaman saya diluluskan oleh Lembaga Pengarah dan dalam 24 jam saya dikreditkan dengan jumlah yang tepat yang saya maksudkan untuk semua ini tanpa jaminan tambahan Pinjaman Peribadi kerana saya bercakap dengan anda sekarang saya mempunyai hapus semua hutang Saya dan sekarang saya mempunyai pasar raya dan pelaburan saya sendiri di Filipina dan Indonesia, saya baru saja membuka pusat membeli-belah di Malaysia tidak lama dahulu dan saya tidak memerlukan bantuan orang lain sebelum saya memberi makan atau mengambil kewangan, apa pun keputusan saya tidak ada urusan dengan Polis, saya sekarang wanita bebas.
Anda ingin mengalami kebebasan kewangan seperti saya, sila hubungi Ibu melalui e-mel syarikat: (rebaccaalmaloancompany@gmail.com) juga hubungi Puan Rebbacca melalui nombor whatsapp +14052595662.

Anda tidak dapat memperdebatkan fakta bahawa dalam dunia kesulitan ini, anda memerlukan seseorang untuk menolong anda mengatasi masalah perolehan dalam hidup anda dalam satu atau lain cara, jadi saya memberi anda mandat untuk mencuba dan menghubungi Puan Rebacca Alma di alamat di atas sehingga anda dapat mengatasi masalah kewangan dalam hidup anda.

Anda juga boleh menghubungi saya melalui e-mel saya: (esterimumpung77@gmail.com)) . Semoga Tuhan memberkati anda semua.