KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20150813

420,000 guru tertekan



Baru tahu ke? Dah berapa banyak jawatankuasa khas ditubuhkan sebelum ini? Saya bekerja di bahagian pengurusan swasta, setiap kali sebelum arahan atau prosedur baru dibuat, pihak yang mencadangkan itu sendiri turun padang menilai praktikalitinya. Setelah dilaksana, prosedur lama dimansuhkan agar tidak berlaku pertindihan kerja. Sebarang prosedur baru untuk penambahbaikan sepatutnya mengurangkan kerja, menambah produktiviti, bukan menambah kerja mengurangkan produktiviti.


420,000 guru tertekan
12 Ogos 2015

Kementerian Pendidikan menubuhkan sebuah jawatankuasa bagi mengkaji beban tugas berlebihan dalam usaha mengurangkan tekanan membabitkan lebih 420,000 guru sekolah di seluruh negara.

Menterinya Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, langkah itu dibuat selepas mendapati guru kini berhadapan tugas berlebihan sehingga menjejaskan tumpuan ketika mengajar.

“Saya menubuhkan satu pasukan membabitkan pegawai kanan kementerian, ahli majlis guru besar, pengetua dan pemimpin persatuan guru untuk mengatasi isu ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Konvensyen Pendidikan Kebangsaan ke-21 dan Persidangan Gabungan Majlis Guru Besar Malaysia ke-33 2015, di sini, semalam.

Mahdzir berkata, kementerian juga bersedia meneruskan ganjaran sedia ada selain menimbang beberapa ganjaran baru kepada warga pendidik bagi menyuntik motivasi mereka untuk terus berbakti.

“Ganjaran boleh datang dalam pelbagai bentuk dan kementerian ada tatacara mengenainya.

“Dalam bahasa mudah, kita jangan lokek sangat pada guru kerana pendidikan adalah kegembiraan, keterbukaan dan kebajikan, sekali gus mendorong melahirkan peradaban bangsa yang negara idamkan,” katanya.

http://www.hmetro.com.my/node/69877

Tiada ulasan: