KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20150815

Kasih Sayang Merentasi Batasan Agama dan Kaum

Pada Jumaat 14 Ogos 2015 telah berlaku kebakaran di Kg Baru Paroi, Seremban. 2 rumah telah musnah dalam kebakaran tersebut manakala sebuah rumah lagi sebahagiannya telah terbakar. Sahabat saya Sdr Mohamad Hasan Tamby telah menziarahi dan memberikan sumbangan kepada keluarga yang terlibat dalam kebakaran tersebut.

Salah seorang ialah Uncle Gnooi Fwok Woh. Uncle Gnooi telah kehilangan RM20,000 tunai yang baru dikeluarkan untuk rawatan serta pembedahan. Beliau sebelum ini kerap ke hospital dan baru menjalani pembedahan membuang sinus. Beliau akan menumpang di rumah anak perempuannya di Seremban.

Kasih Sayang Merentasi Batasan Agama dan Kaum




Tiada ulasan: