KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20150812

Hospital Daerah Rembau siap 2018



Terima kasih kerana memberikan penjelasan yang sebenar mengenai status pembinaan Hospital Rembau ini. Adalah disarankan untuk sementara waktu kerajaan perlu menaik taraf kemudahan serta menambah kakitangan di Klinik Kesihatan Rembau agar lebih banyak kes boleh dirujuk di sini tanpa perlu pergi ke Hospital Tampin atau Hospital Seremban.

Juga dicadangkan agar Klinik Kesihatan Rembau menyediakan kemudahan van untuk membawa pesakit yang perlu menjalani pembedahan di Hospital Seremban, terutama warga emas yang miskin.

*****************************
Hospital Daerah Rembau siap 2018
Kelewatan projek disebabkan masalah reka bentuk


REMBAU 11 Ogos - Pembinaan Hospital Daerah Rembau bukan projek terbengkalai tetapi kelewatan disebabkan masalah reka bentuk yang dahulunya menggunakan kaedah Sistem Binaan Berindustri (IBS), iaitu jika diteruskan akan mendatangkan masalah pada bebanan bangunan.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, projek hospital yang kos asal pembinaannya sebanyak RM99 juta dengan disediakan 76 katil itu yang kini dibawah projek khas oleh Kementerian Kerja Raya melalui Jabatan Kerja Raya dan Kementerian Kesihatan telah menimbangkan semula reka bentuknya.

“Juruperunding asal telah dike tepikan disebabkan masalah dalam lukisan reka bentuk, di mana banyak lukisan yang dipaparkan itu terpaksa distruktur semula supaya kaedah binaan baharu diguna pakai agar bebanan dapat ditampung dalam binaan waktu ini,” katanya.

Mohamad bercakap kepada pemberita selepas melawat tapak pembinaan Hospital Daerah Rembau di sini hari ini.

“Benar projek ini terkebelakang daripada pelan asal. Biar saya beritahu di sini, jika tidak ada masalah sekali pun dalam aspek reka bentuknya, projek sebenar hospital itu akan siap pada September 2016.

“Oleh kerana kita perlu menstruktur semula reka bentuk bangunan asal, maka projek itu mengalami kelewatan selama 400 hari. Oleh itu, kita telah membuat jangkaan masa siap yang baharu iaitu pada awal 2018,” tegasnya.

Mohamad juga memberitahu, walaupun kos asalnya adalah RM99 juta, tetapi disebabkan berlakunya Pengeluaran Arahan Perubahan/Pertambahan Kerja (VO) yang bukan di atas kesilapan kontraktor sebaliknya kesilapan lukisan reka bentuk, itu akan diuruskan oleh kontraktor maka hal itu perlu diberi pertimbangan sewajarnya oleh Kementerian Kerja Raya melalui JKR.


Tiada ulasan: