Semalam berkesempatan menunaikan
undangan 4 majlis kenduri kahwin sekitar Seremban. Beginilah
lazimnya, apabila cuti sekolah, hari Sabtu atau Ahad akan ada banyak
diadakan majlis kenduri kahwin antara jam 12 tengahari ke 4 petang.
Terima kasih kepada pihak yang sudi menjemput kami sekeluarga.
Ada sahabat yang pernah menerima sampai
8 undangan majlis kenduri kahwin dalam sehari pada jangka waktu yang
sama.
Mungkin orang kita perlu pecah tradisi
mengadakan majlis kenduri kahwin pada hujung minggu cuti sekolah ,
makan tengahari dengan nasi minyak.
Sebagai contoh pasangan penganti di
Syria mengadakan majlis kenduri kahwin dengan memberi jamuan kepada
ribuan pelarian Syria di sana.
Antara beberapa cadangan yang boleh
difikirkan untuk memecah tradisi majlis kenduri kahwin kita ini agar
tetamu tidak terkejar-kejar menunaikan undangan serta tuan rumah
tidak ternanti-nanti tetamu, juga katerer dan tukang khemah dapat
menyediakan makanan serta tempat dengan sempurna ialah :
1. Semasa cuti sekolah adakan pada hari
Isnin, Selasa, Rabu, Khamis atau Jumaat, tidak perlu tunggu Sabtu
atau Ahad.
2. Jika hendak dibuat pada hari Sabtu
atau Ahad waktu cuti sekolah atau cuti panjang, buat untuk jamuan
sarapan pagi, minum petang atau makan malam, tak perlu makan tenghari
ada nasi minyak. Nasi dagang boleh, nasi kerabu boleh, nasi bajet
boleh, roti canai boleh, bihun goreng boleh. Dengan ini mungkin jika
ada 10 undangan pun, tetamu boleh buat jadual rumah mana nak pergi
dulu.
3. Buat di madrasah, sekolah tahfiz,
rumah anak yatim, rumah kebajikan atau rumah orang tua. Dengan ini
tidak berlaku pembaziran sekiranya ramai tetamu tidak hadir atau
tidak dapat menghabiskan makanan kerana terlalu banyak nak makan pada
waktu yang sama.
1 ulasan:
..saya dah buat open house hari raya 8pagi-11pagi..menu sarapan roti jala dll...meriah
Catat Ulasan