Jom kita bantu gadis ini yang mencari
ibu kandungnya. Sesiapa yang ada maklumat boleh hubungi keluarga ini
atau boleh hubungi saya 0122267406 (Rozmal)
‘Pulanglah mak...’
25 Disember 2015
TAMPIN – Seorang gadis merayu ibu
kandungnya untuk pulang setelah meninggalkannya bersama nenek di
Kampung Pulau Mampat, Rembau, kira-kira 13 tahun lalu.
Fadilah Shahril, 16, berkata, sejak
dari kecil lagi dia menyimpan hasrat untuk bertemu dengan ibu
kandungnya, Roszana Laham, 34, namun ibunya itu tidak pernah pulang
apatah lagi untuk mengambilnya menetap bersama.
Bagaimanapun, katanya, sejak kematian
neneknya, Sehah Atin, 85, Jun lalu, dia tidak mempunyai tempat
tinggal yang tetap dan kini dia dijaga oleh bapa saudaranya, Shahar
Udin, 54.
“Sampai bila saya mahu tinggal
bersama bapa saudara sedangkan saya percaya ibu masih ada. Saya tak
pernah merasa kasih sayang ibu dan kadang-kala menangis mengenang
nasib saya.
“Hingga kini, saya tidak tahu macam
mana rupa ibu saya dan saya sangat berharap dapat bertemu dengannya,”
katanya.
Sementara itu, Shahar berkata, buat
masa ini dia menjaga Fadilah, namun dia yang tidak mempunyai hak
penjagaan dan bimbang sekiranya gadis itu menghilangkan diri seperti
sebelum ini.
Menurutnya, Fadilah masih mempunyai ibu
dan bapa untuk menjaganya, sedangkan dia hanya merupakan penjaga
terdekat yang boleh menawarkan perlindungan sementara buat Fadilah.
“Oleh itu, saya sangat berharap
supaya Roszana dapat berjumpa dengan anaknya dan membuat keputusan
sama ada ingin menjaga anaknya atau sebaliknya," katanya.
Shahar berkata, Roszana sebelum ini
menetap bersama keluarganya di Ladang Lee Kok Wah, Air Kuning Selatan
dan sebaik berkahwin dengan abangnya Shahril, mereka menetap di tanah
rancangan Felda Bukit Jalor.
“Roszana dan abang saya memiliki dua
anak hasil perkongsian hidup sebelum Roszana melarikan diri
meninggalkan Fadilah bersama mak saya.
“Roszana membawa anak bongsu
lelakinya bernama Ariffin yang ketika itu baru berusia setahun.
Mungkin kini Ariffin sudah berusia 14 tahun.
“Kami sangat berharap Roszana dapat
berjumpa kami terutama anaknya Fadilah di kediaman kami di Taman
Bukit Tampin," katanya.