Bukan Islam pula yang yakin dengan patuh syariah
(RAYANI - RAvi KarthiYANI?)
Rayani Air rancakkan pelancongan Kelantan
21 Disember 2015
KERAJAAN Negeri Kelantan menyokong penuh kemasukan pesawat
Rayani Air Sdn Bhd (Rayani Air) yang dijangka merancakkan lagi industri
pelancongan domestik dari Kelantan ke Kuala Lumpur dan Langkawi.
Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Pelancongan dan Warisan
Kelantan, Datuk Md Anizam Ab Rahman berkata, setakat ini terdapat lebih kurang
44 penerbangan sehari keluar dan masuk ke negeri ini.
"Kerajaan Kelantan yakin perkhidmatan penerbangan
Rayani Air menambah aktiviti di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP)
dan merancakkan lagi sektor pelancongan.
"Kita berharap dengan adanya penerbangan ke Kuala
Lumpur dan Langkawi serta perkhidmatan patuh syariah dapat memberi manfaat
kepada masyarakat Kelantan, " katanya kepada pemberita selepas merasmikan
Majlis Pelancaran Operasi Pertama Rayani Air ke Kota Bharu, petang semalam.
Turut hadir, Pengasas
Rakan Kongsi Rayani Air, Ravi Alagendrran, Pengarah Kewangan, Datuk Karthiyani
Govindan dan Pengarah Urusannya, Jaafar Zamhari.
"Memandangkan syarikat penerbangan ini menyediakan
perkhidmatan mengikut patuh syariah, kami menerima banyak permintaan dari agen
pelancongan dan penumpang Kelantan untuk mengadakan penerbangan terus dari Kota
Bharu ke Jeddah.
"Jika sambutan menggalakkan, kami akan menyediakan
kapal terbang Boeing 777-200 bagi destinasi ke Makkah dalam sasaran tempoh masa
setahun hingga dua tahun lagi," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan