KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20151221

Anak kampung rasa dianaktirikan



Kenapa perlu sampai begini? Kita kan sekampung. Nak bantu orang kampung tak perlu ada jawatan, dilantik Pengerusi JKKK dan sebagainya. Kesian mereka yang benar-benar memerlukan bantuan, terperangkap dalam krisis sebegini. Kalau ada sesiapa di kampung ini yang memerlukan bantuan persekolahan harap maklum saya 0122267406 (Rozmal). Beramal kerana Allah.

Anak kampung rasa dianaktirikan
19 Disember 2015

REMBAU – Umno Cawangan Kampung Air Hitam, Chembong, di sini, nekad membuat laporan di Balai Polis Rembau, kelmarin berikutan berasa anak kampung dan juga 208 ahli Umno Cawangan 'dianaktirikan' daripada dilantik menjadi Pengerusi JKKK Kampung Air Hitam.

Laporan berkenaan dibuat Timbalan Ketua Umno Cawangan Kampung Air Hitam, Naraizan Abdul Malek, 56, setelah beliau dan ahli jawatankuasanya gagal mendapat jawapan munasabah daripada kepimpinan setempat berhubung pelantikan Pengerusi JKKK kampung berkenaan sejak penghujung 2013 lagi.

Menurut Naraizan, sudah tiga kali usul mengenai perkara itu diketengahkan dalam mesyuarat Umno Bahagian, namun tidak mendapat maklum balas.

"Usul itu ditolak mentah-mentah. Sebelum ini kita tak kisah kerana pengerusi JKKK yang dilantik merupakan ahli kita (Umno Cawangan) dan wakil dari kampung kita sendiri.

"Tetapi yang menjadi isu sekarang pengerusi JKKK yang dilantik tinggal menetap di taman perumahan dan bukanlah ahli Umno Cawangan kita. Yang lebih kita kesalkan, tiada sebarang program dibuat di kampung ini dengan usaha sama JKKK serta Umno Cawangan, sebaliknya kebanyakan program dilaksanakan di kawasan taman perumahan," katanya ketika ditemui di Pekan Rembau, di sini, semalam.

Turut hadir, Ketua Pemuda Cawangan Kampung Air Hitam, Asminizam Aman.

Ujar Naraizan, beliau berasa agak terkilan memandangkan usul berkenaan dibuat sebelum pelantikan JKKK baharu, namun tiada sebarang tindakan serta perjumpaan dibuat untuk membincangkan isu berkenaan.

Katanya, terdapat organisasi seperti Kawasan Rukan Tetangga (KRT) yang mampu menggerakkan pelbagai program di kawasan taman perumahan berbanding di kawasan kampung yang memerlukan JKKK untuk menganjurkan pelbagai program.

"Bahkan kami juga tidak dapat gunakan kemudahan seperti balai raya untuk menjalankan aktiviti, termasuk mesyuarat Umno Cawangan sehingga kami terpaksa bertindak memecahkan pintu balai raya tersebut untuk bermesyuarat.

"Justeru, kami berharap supaya pihak bertanggungjawab dapat mempertimbangkan kembali usul kami ini berikutan kami tidak mahu platform JKKK yang seharusnya digerakkan di kawasan kampung, semuanya berpusat di taman perumahan," katanya.

Untuk rekod, terdapat tiga buah perkampungan dan tiga buah taman perumahan terletak di bawah JKKK Kampung Air Hitam.


Tiada ulasan: