KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20151212

Kembalilah kepada Islam sepenuhnya

Kembalilah kepada Islam sepenuhnya. Hidup Islam, Hidup Syiar Islam, Hidup Masyarakat Islam !

Lelaki maut, rakan diikat dipercayai curi lembu
12 Disember 2015


REMBAU - Seorang lelaki maut, manakala, rakannya pula ditemui diikat tidak jauh dari sebuah kereta di mana kedua-dua mangsa dipercayai dipukul susulan mencuri lembu di Ladang Bukit Bertam Lubok China, di sini, pagi tadi.

Seorang pekerja Ladang Bukit Bertam Lubok China, Ashraf Abd Ghani, 25, berkata, sekitar jam 10.00 pagi dia meronda di kawasan ladang dan mulai berasa pelik apabila ternampak ramai orang berada di suatu kawasan ladang.

Menurutnya, sebaik mendekati kawasan berkenaan dia menyangkakan terdapat lembu yang terbaring di tengah jalan, namun, sebaik turun dari motosikalnya, dia tergamam objek yang dilihatnya itu adalah mayat seorang lelaki.

"Lelaki berkenaan dalam keadaan terlentang. Tidak jauh dari mayat lelaki berkenaan kira-kira 50 meter ada seorang lelaki diikat kedua-dua tangannya. Saya segera memaklumkan kejadian berkenaan kepada pengurus dan seterusnya pihak polis,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di lokasi kejadian, di sini, hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Rembau, Deputi Superintenden Ibrahim Sharif mengesahkan kejadian berkenaan dan menyatakan siasatan lanjut sedang dijalankan berhubung kes berkenaan.


Tiada ulasan: