Bandingkan dengan kita di Malaysia, tak
kiralah pemain bola ke, artis ke, pemain golf simulator ke, keluarga
ahli politik ke hatta pekerja kilang sekali pun macam kita ni.
Frank Lampard Raih £3.8 Juta Dikesan
Belanja Di Kedai Harga Murah £1
Sabtu, 26 Disember 2015
PEMAIN tengah New York City FC, Frank
Lampard yang menerima tawaran sebanyak £3.8 juta (RM24.2 juta)
semusim dikesan membeli-belah di kedai jualan murah di mana
kebanyakan barangan berharga £1 pound (RM6.36).
Portal Mirror melaporkan para
pengunjung di kedai Poundland seakan tidak percaya apabila melihat
kehadiran bekas pemain Chelsea itu di premis Fulham pada malam
Krismas.
Keadaan itu menunjukkan walaupun pemain
berusia 37 tahun itu meraih jutaan pound sebagai pemain New York City
FC, beliau masih tertarik untuk membeli barangan pada harga yang
sangat murah.
Seorang pengunjung Poundland, Eliot
Gregory yang berada di kedai itu pada saat akhir mengesan pemain bola
sepak itu bersama dua anak perempuannya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan