KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20151207

Latih Pemuda OKU Berdikari




Beberapa hari sudah saya menceritakan mengenai seorang pemuda yang pekak dan bisu dimana ibu bapanya telah meninggal dunia tinggal bersama pakciknya yang tiada sebelah kaki dimana perlukan penaja untuk mengikuti latihan menggunting rambut.

Terima kasih kepada penaja yang menyumbang RM180 sebulan selama 3 bulan untuk elaun latihan.

Maklumat yang diterima pemuda ini begitu bersemangat menjalani latihan, dan pakciknya amat gembira dan terharu yang anak saudaranya ada tempat latihan untuk OKU berdikari.

Apa yang lebih menggembirakan ialah bila dikhabarkan pemuda ini akan solat zuhr dan asar di Masjid Jamek Pekan Rembau kerana kedai gunting rambut ini akan tutup sementara pada waktu solat.

Terima kasih atas doa dan bantuan kalian semua. Semoga pemuda ini menjadi inspirasi pemuda lain khususnya pemuda-pemuda Rembau

Tiada ulasan: