KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20151226

Jom kita bantu gadis ini yang mencari ibu kandungnya

Jom kita bantu gadis ini yang mencari ibu kandungnya. Sesiapa yang ada maklumat boleh hubungi keluarga ini atau boleh hubungi saya 0122267406 (Rozmal)

‘Pulanglah mak...’
25 Disember 2015

TAMPIN – Seorang gadis merayu ibu kandungnya untuk pulang setelah meninggalkannya bersama nenek di Kampung Pulau Mampat, Rembau, kira-kira 13 tahun lalu.

Fadilah Shahril, 16, berkata, sejak dari kecil lagi dia menyimpan hasrat untuk bertemu dengan ibu kandungnya, Roszana Laham, 34, namun ibunya itu tidak pernah pulang apatah lagi untuk mengambilnya menetap bersama.

Bagaimanapun, katanya, sejak kematian neneknya, Sehah Atin, 85, Jun lalu, dia tidak mempunyai tempat tinggal yang tetap dan kini dia dijaga oleh bapa saudaranya, Shahar Udin, 54.

“Sampai bila saya mahu tinggal bersama bapa saudara sedangkan saya percaya ibu masih ada. Saya tak pernah merasa kasih sayang ibu dan kadang-kala menangis mengenang nasib saya.

“Hingga kini, saya tidak tahu macam mana rupa ibu saya dan saya sangat berharap dapat bertemu dengannya,” katanya.

Sementara itu, Shahar berkata, buat masa ini dia menjaga Fadilah, namun dia yang tidak mempunyai hak penjagaan dan bimbang sekiranya gadis itu menghilangkan diri seperti sebelum ini.

Menurutnya, Fadilah masih mempunyai ibu dan bapa untuk menjaganya, sedangkan dia hanya merupakan penjaga terdekat yang boleh menawarkan perlindungan sementara buat Fadilah.

“Oleh itu, saya sangat berharap supaya Roszana dapat berjumpa dengan anaknya dan membuat keputusan sama ada ingin menjaga anaknya atau sebaliknya," katanya.

Shahar berkata, Roszana sebelum ini menetap bersama keluarganya di Ladang Lee Kok Wah, Air Kuning Selatan dan sebaik berkahwin dengan abangnya Shahril, mereka menetap di tanah rancangan Felda Bukit Jalor.

“Roszana dan abang saya memiliki dua anak hasil perkongsian hidup sebelum Roszana melarikan diri meninggalkan Fadilah bersama mak saya.

“Roszana membawa anak bongsu lelakinya bernama Ariffin yang ketika itu baru berusia setahun. Mungkin kini Ariffin sudah berusia 14 tahun.

“Kami sangat berharap Roszana dapat berjumpa kami terutama anaknya Fadilah di kediaman kami di Taman Bukit Tampin," katanya.



Tiada ulasan: