KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20130120

Blog saya disekat kerana didapati berbahaya


“They can kill my blog, but they cannot kill my thought, insyaAllah”. Terkejut tiba-tiba blog saya http://waghih.blogspot.com yang telah bertahun-tahun tersiar dan jumlah pengunjung pun tak seberapa tiba-tiba disekat kerana mempunyai artikel yang berbahaya kepada sesuatu pihak.

Pelik juga, rasanya dalam blog saya tak ada pula sentuh pasal skandal seks, skandal rasuah, isu Scorpene, isu cincin RM24 juta, isu Deepak, dan lain-lain isu yang hebat-hebat.

Tak tahulah.

Mungkinkah blog saya disekat kerana saya memperjuangkan hak khatib untuk berkhutbah bukan membaca khutbah?

Adakah blog saya disekat kerana memberi tunjuk ajar buat pelancar roket dengan modal tak sampai RM5? Roket air je, bukan roket betul.

Adakah blog saya disekat kerana mengutarakan masalah masjid-masjid yang mati di Malaysia ini, khususnya di Negeri Sembilan?

Adakah blog saya disekat kerana membesarkan isu tandas-tandas masjid yang kotor, yang secara tidak langsung menunjukkan tahap kebersihan umat Islam di Malaysia?

Adakah blog saya disekat kerana saya memperjuangkan Adat Perpatih, untuk memberi lebih ruang dan kuasa kepada Dato Lembaga Adat agar masalah tanah dan rumah terbiar dapat diatasi.

Atau blog saya disekat dengan pelbagai isu setempat dan masyarakat yang lain?

Lantaklah. Sekat blog tadi kita buka blog lain pula di http://rozmal.blogspot.com


Kalimah Allah dibuang bersepah atas jalan oleh pelajar Melayu






Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa lambang polis (PDRM), tentera (ATM), Bomba dan beberapa pasukan keselamatan dan agensi kerajaan di Malaysia ini ada tertulis kalimah Allah dan Muhammad dalam tulisan Arab. Kalau ada yang tahu pun, orang ramai, khususnya anggota polis, tentera, bomba dan sebagainya tidak tahu bagaimana untuk menjaga kesucian kalimah ini.

Saya diberitahu dalam satu majlis polis bersama pelajar dan guru di sebuah sekolah di Negeri Sembilan, para pelajar dan guru diberikan beberapa maklumat semasa diletak dalam beg kertas sumbangan PDRM yang dengan begitu jelas logo PDRM yang ada kalimah Allah dan Muhammad.

Beg kertas yang ada kalimah Allah dan Muhammad ini bukan sahaja diberikan kepada pelajar beragama Islam, bahkan pelajar bukan beragama Islam juga menerimanya.

Selepas selesai program polis bersama pelajar sekolah tersebut, terdapat pelajar yang membuang beg kertas PDRM tadi merata-rata, ada yang diatas lantai, atas jalan dan sebagainya. Polis pula tidak memberi penerangan kepada para pelajar dan guru, khususnya pelajar beragama Islam supaya dijaga betul-betul kalimah Allah dan Muhammad tersebut.

Akhirnya yang mengutip semula beg-beg PDRM yang bersepah-sepah atas jalan yang mungkin terpijak oleh orang ramai yang lalu lalang ialah guru-guru yang prihatin.

Justeru itu adalah perlu pimpinan tertinggi polis, tentera, bomba dan sebagainya agar memberi tunjuk ajar kepada anggota bawahan mereka bagaimana mereka harus menjaga kesucian kalimah Allah dan Muhammad ini pada topi mereka, pakaian mereka, tali pinggang mereka dan lain-lain peralatan.

Khutbah-khutbah Jumaat di IPK, IPD, kem tentera harus memberi penekanan kepada anggota pasukan keselamatan agar tidak sembarangan mencetak logo PDRM, ATM , yang orang ramai tidak tahu hendak menjaganya.

JAKIM dan Majlis Agama Islam juga harus memberikan panduan serta prosedur kepada ATM, PDRM, Bomba dan sebagainya bagaimana penggunaan kalimah Allah dan Muhammad ini oleh anggota pasukan keselamatan dan seragam yang beragama Islam dan yang bukan beragama Islam.

20130119

Surat terbuka Anak Rembau isu Adat, Artifak dan Buaya hilang


Surat Terbuka Kepada YB Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan
19 Jan 2013 

Kepada

Yang Berhormat Dato’ Mat Ali bin Hasan
Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan
Pejabat Setiausaha Negeri Sembilan
Tkt 5, Blok A, Wisma Negeri
70503 Seremban
Negeri Sembilan Darul Khusus


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Yang Berhormat Dato’,

MEMARTABATKAN SEJARAH DI NEGERI SEMBILAN

Terlebih dahulu saya mendoakan semoga YB Dato’ berada di dalam keadaan sihat sejahtera dan sentiasa dirahmati ALLAH swt hendaknya.

Saya mohon maaf sekiranya surat ini mengganggu YB Dato’. Saya telah beberapa kali menghantar emel kepada YB Dato’ bagi mendapatkan penjelasan mengenai beberapa perkara. Agak malang saya tidak pernah menerima sebarang jawapan daripada pihak YB Dato’. Keadaan ini berbeza ketika YB Dato’ Norzam menjadi Setiausaha Kerajaan Negeri, saya menerima emel balasan beliau walaupun hanya sebaris ayat “Dalam perhatian pihak kami“. Begitu juga, mantan Ketua Setiusaha Negara, Tan Sri Sidek Hassan sempat membalas emel yang dihantar kepada beliau. Apa jua keadaan, saya beranggapan mungkin YB Dato’ terlalu sibuk sehingga tidak sempat membalas emel saya.

YB Dato’,

Tujuan saya menghantar surat ini adalah berkenaan Lembaga Muzium Negeri Sembilan. Saya sedia maklum bahawa YB Dato’ merupakan Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah LMNS. Saya mempunyai beberapa persoalan yang hanya boleh dijawab oleh YB Dato’ selaku Pengerusi LMNS. Sejak LMNS ditubuhkan pada tahun 1993, berdasarkan Akta Muzium 1956, Pindaan 1992 yang berkuatkuasa 17hb Disember 1992, LMNS tidak menunjukkan sebarang peningkatan di dalam semua aspek sama ada aspek pemuziuman mahupun arkeologi. Semakin hari Muzium Negeri Sembilan semakin sunyi dan semakin jauh daripada pandangan mata pelancong ke Negeri Sembilan. Dimanakah silapnya? Adakah perkara-perkara di bawah merupakan faktor-faktor yang menyebabkan LMNS tidak begitu gah sebagaimana di awal penubuhannya?

1. Pengurusan Pentadbiran dan Pengurusan Kewangan
•Sistem Pengurusan Kewangan LMNS yang tidak menepati pekeliling yang telah ditetapkan oleh Perbendaharaan Negara seperti pembayaran kontraktor. Berdasarkan pengamatan dan pengalaman saya, LMNS sering lewat membuat pembayaran kepada kontraktor malah memotong jumlah yang perlu dibayar kepada kontraktor tanpa sebarang alasan. Adalah jelas bahawa pengurusan LMNS telah melanggar pekeliling Kementerian Kewangan iaitu Pekeliling Perbendaharaan Bil 8 Tahun 2009, “Peringatan Mengenai Pembayaran Bil dalam Tempoh 14 hari (Rujukan : BPKS/KK/BP(8.15)248-15 JD 20 () bertarikh 6hb Februari 2009) dan surat Pejabat Kewangan Negeri iaitu Pekeliling Perbendaharaan Bil 8 Tahun 2009 Pengurusan Pembayaran Di Bawah Arahan Perbendaharaan 59 (Rujukan : P.Kw.N/N.S. (349)600/2 Klt.3(8) bertarikh 16hb Oktober 2009). Apakah tindakan pihak YB Dato’ bagi mengatasi masalah tuntutan kontraktor yang menjadi duri bagi LMNS?
•Saya ingin mengetahui bagaimana kaedah tuntutan yang dilakukan oleh pengurusan LMNS. Saya dapati terdapat salahlaku di dalam tuntutan elaun segelintir kakitangan muzium. Salahguna kuasa ini telah tersebar luas di kalangan kakitangan awam di Negeri Sembilan. Ia bukan satu rahsia bagi mana-mana pihak. Malah, ada desas desus bahawa pihak SPRM telah menjalankan siasatan terhadap salah seorang kakitangan LMNS atas dasar membuat tuntutan palsu ketika menerima pingat kebesaran sempena Hari Keputeraan Tuanku pada tahun 2011. Jika benar SPRM telah menjalankan siasatan terhadap pegawai berkenaan, apakah status kes tersebut? Adakah sebarang tindakan telah diambil? Adakah terdapat cubaan untuk menutup kes? Atau ada arahan agar tidak memberi kerjasama di dalam siasatan SPRM bagi memastikan rekod perkhidmatan pihak tertentu tidak tercemar?

2. Pengurusan Inventori Artifak
•Sistem pengurusan dan inventori artifak lemah dan tidak tersusun. Keadaan ini menyebabkan pihak yang berminat untuk menyerahkan manuskrip ataupun bahan kepada LMNS tidak berani menyerahkannya. YB Dato’ boleh melihat perkara ini dengan jelas bagaimana LMNS menjaga artifak. Sebagai contoh, di Muzium Lama Diraja Seri Menanti terdapat mesin x-ray yang yang pertama di Tanah Melayu. Ia terbiar begitu sahaja tanpa penjagaan.
•Saya pernah melihat bagaimana perjanjian asal yang ditandatangani oleh YTM Undang Luak Rembau, Dato’ Haji Sahil bersama-sama Lembaga Nan Dua Belas Luak Rembau disimpan tanpa pengawasan. Ia hanya diletak di dalam almari fail dan dilipat begitu sahaja tanpa penjagaan.
•Isu inventori ini bertambah teruk apabila sistem penglupusan artifak tidak jelas. Banyak gambar-gambar bersejarah dan artifak telah dilupus tanpa pengawasan. Ketiadaan sistem penglupusan yang sistematik, pihak LMNS telah disaman RM180,000.00. Kes ini boleh dianggap sebagai satu pembaziran yang tidak sepatutnya berlaku. Adakah wang kerajaan perlu dibazirkan hanya disebabkan kecuaian seorang pentadbir sesebuah organisasi?
•Kesemuanya berlaku disebabkan oleh tiada satu sistem. Bagaimana pihak LMNS memastikan keselamatan bahan pameran yang dipamerkan. Adakah tidak satu sistem kawalan keselamatan seperti sistem kamera litar tertutup (CCTV) dan sistem penggera. Saya benar-benar tidak faham bagaimana sebuah organisasi yang menyimpan bahan bersejarah tidak mempunyai sistem kawalan keselamatan.
•Begitu juga dengan sistem penggera kebakaran. Berdasarkan pemerhatian saya, semua muzium di bawah penjagaan LMNS tidak mempunyai sistem penggera kebakaran. Adalah malang sekiranya berlaku kebakaran maka musnahlah semua bahan yang terdapat di dalam muzium.
•Ketiadaan sistem inventori menyebabkan banyak artifak hilang dan terbiar. Lebih 10 tahun menjawat sebagai Pengarah, apakah tindakan yang diambil oleh Pengarah bagi memastikan tiada artifak yang hilang ataupun rosak.

•Semalam kita telah dikejutkan dengan berita kehilangan buaya putih yang dipamerkan di Pameran Buaya di Muzium Diraja Seri Menanti. Pameran ini diadakan sempena Hari Keputeraan DYMM Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan. Berita kehilangan ini disiarkan oleh Berita Harian bertarikh 18hb Januari 2013. Lampiran 1

•Saya masih tertanya-tanya kenapa LMNS tidak belajar daripada kesilapan sejak isu artifak milik Pendeta Za’ba disiarkan oleh Berita Minggu pada tahun 2011 yang lalu. Lampiran 2.
•Kenapa sistem kamera litar tertutup yang dipasang di Muzium Diraja Seri Menanti tidak berfungsi? Adakah ia sebahagian daripada bahan pameran di Muzum Diraja Seri Menanti?
•Saya tidak menyalahkan mana-mana kakitangan LMNS kerana arah tuju yang ingin dibawa oleh Pengarah LMNS tidak jelas dan sering berubah. Sebagai seorang Pengarah, beliau harus mempunyai visi dan misi untuk menyelamatkan artifak yang diserahkan kepada pihak LMNS. Adakah beliau beranggapan barangan tersebut bukan milik dia maka tidak perlu dijaga dengan baik dan sempurna.
•Kini telah tiba masanya Pengarah LMNS bertanggungjawab penuh di atas setiap perkara yang berlaku di LMNS. Bukan sekadar menyalahkan kakitangan LMNS. Tanggungjawab ini juga harus dipikul bersama oleh ALP LMNS kerana tidak memastikan pengurusan LMNS dijalankan dengan teratur dan mengikut Standard Operating Procedure kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri.

3. Pengurusan Aktiviti dan Promosi
•Pengarah LMNS merupakan satu-satunya pengarah di Negeri Sembilan yang memegang jawatan Pengarah lebih 10 tahun. Mungkin keberadaan beliau terlalu lama sebagai Pengarah LMNS menyebabkan tiada idea-idea baru yang boleh memajukan LMNS. Ia boleh dilihat dengan jelas di dalam penganjuran Pesta Persukuan Adat Perpatih di mana saban tahun semakin kurang pengunjung yang menyaksikannya. Semakin hilang sengatnya. Seharusnya rombakan secara besar-besaran perlu dilakukan bagi membolehkan idea-idea baru dapat diimplementasikan. Adakah Pengarah LMNS merasakan beliau begitu selesa dengan kedudukan beliau sebagai Pengarah sehingga hilang kemampuan untuk menaiktaraf dan memajukan LMNS?
•Tiada aktiviti pameran yang sepanjang tahun dirancang oleh Pengarah LMNS. Sepanjang tahun 2012, tiada pameran yang betul-betul dapat menarik pengunjung datang ke Muzium Negeri Sembilan. Ini boleh dilihat oleh sesiapapun dengan hanya berada di Istana Ampang Tinggi pada setiap hari Sabtu, Ahad, cuti umum ataupun cuti sekolah. Keadaan ini berbeza dengan mana-mana muzium di Malaysia di mana setiap muzium telah mempunyai perancangan aktiviti sepanjang tahun sama ada pameran, seminar dan bual bicara.
•Tiada hasil kajian yang dipasarkan atau dikomersialkan. Saban tahun pada Pesta Persukuan Adat Perpatih, LMNS akan menerbitkan dan melancarkan buku mengenai sejarah dan adat Negeri Sembilan. Agak pelik, buku tersebut tidak dijual kepada orang ramai dengan alasan yang tidak jelas. Jika dijual, ia akan dijual dengan harga yang tidak munasabah. Tiada perancangan di dalam usaha untuk menerbit buku.
•Tiada kaedah pendokumentasian yang terancang. Banyak persoalan-persoalan mengenai adat dan warisan Negeri Sembilan tidak dikendalikan dengan baik oleh LMNS. Sebagai contoh, isu salah faham seorang penceramah terkenal mengenai tanah pusaka dan tanah adat di Negeri Sembilan sehingga kini masih belum dijawab oleh mana-mana pihak di Negeri Sembilan. Apa yang berlaku, semuanya bertindak menggunakan emosi dan bercakap seolah-olah tidak ada yang lebih hebat daripada mereka. Apakah tindakan LMNS menjawap persoalan mengenai Adat Perpatih? Adakah cukup dengan membuat seminar dengan jemputan yang tertutup?
•Pihak LMNS dan Kerajaan Negeri telah menganjurkan beberapa siri seminar tanah adat sejak dari tahun 1992 sehingga sekarang. Tidak kurang daripada 10 resolusi telah dihasilkan. Untuk pengetahuan YB Dato’, pada tahun 2011, LMNS telah menganjurkan bengkel tanah adat yang dihadiri oleh pembesar adat, wakil PTGNS, wakil Pejabat Daerah dan wakil-wakil jabatan kerajaan sebanyak 2 siri. Di dalam kedua-dua bengkel ini, beberapa resolusi telah dicadangkan di dalam usaha penambahbaikan pengurusan tanah adat di Negeri Sembilan untuk tindakan pihak YB Dato’. Saya pernah bertanya status resolusi ini ketika mesyuarat yang dipengerusikan oleh YB Dato’ Mohd Razi Kail. Pengarah memaklumkan bahawa resolusi tersebut telah dihantar kepada pihak YB Dato’. Oleh yang demikian, saya ingin mengetahui apakah usaha yang telah dilakukan atau tindakan yang telah diambil terhadap resolusi tersebut.

•Tiada promosi yang agresif dan terancang di dalam aktiviti anjuran LMNS. Tidak dinafikan LMNS mempunyai laman sesawang dan Facebook. Sesiapa yang melihat pastikan akan tertanya-tanya apakah maklumat mengenai sejarah, adat atau warisan yang boleh dijadikan rujukan di dalam Facebook LMNS. Bandingkan dengan muzium-muzium lain seperti Muzium Negara, Muzium Terengganu dan Muzium Singapura di mana penuh dengan maklumat dan aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh mereka.

4. Berintegriti dan Bertanggungjawab
•Isu integriti merupakan salah satu isu yang berlaku di dalam pengurusan LMNS. Ramai pihak yang tidak lagi mempercayai atau mengamanahkan LMNS untuk menjalankan tugasan. Masalah integriti bermula daripada penyerahan artifak, penjagaan artifak, pemuliharaan kawasan di mana sikap tidak jujur dan tidak telus ketika berurusan dengan orang ramai.
•Kehilangan bahan pameran di dalam jagaan LMNS jelas menunjukkan bahawa tiada integriti dan sikap bertanggungjawab Pengarah LMNS dalam memastikan semua bahan pameran selamat. Sedikita sebanyak ia merosakkan nama baik LMNS, khususnya dan kerajaan negeri, umumnya.
YB Dato’,
Mungkin ada yang beranggapan saya mempunyai masalah peribadi dengan Pengarah LMNS. Terus terang saya katakan saya tidak mempunyai sebarang masalah peribadi. Saya tidak pernah memohon mana-mana tender atau projek di bawah LMNS. Apa yang saya lakukan adalah di atas dasar semangat saya mencintai adat dan warisan saya. Salah guna kuasa dan tiada intergriti menyebabkan adat dan warisan negeri saya musnah tanpa disedari. Saya berharap YB Dato’ tidak lupa teguran YAB Menteri Besar terhadap pengurusan LMNS terutamanya Pengarah LMNS ketika Perhimpunan Bulanan SUKNS bulan Mac 2012 yang lalu. Teguran YAB Menteri Besar disiarkan secara langsung oleh Negeri FM di mana ia didengari oleh rakyat Negeri Sembilan.

Sebagai jalan penyelesaian yang dihadapi oleh LMNS, saya mempunyai cadangan bagi tujuan penambahbaikan pengurusan LMNS iaitu :-

1. Pengstrukturan semula pengurusan Lembaga Muzium Negeri Sembilan.
Telah tiba masanya LMNS ditadbir oleh PTD (M48) sebagai Pengarah LMNS di mana beliau menguruskan pentadbiran dan kewangan LMNS. Manakala Pengarah sedia ada diletakkan sebagai Kurator Kanan (S44) yang bertanggungjawab di dalam bidang pemuziuman dan konservasi. Manakala Kurator (s41) diletakkan di bawah pentadbiran Kurator Kanan. Saya berharap YB Dato’ dapat meluangkan waktu untuk melawat semua muzium pada bila-bila masa tanpa memaklumkan kedatangan YB Dato’ terlebih dahulu. Lihat bagaimana keadaan setiap muzium. Lawatan YB Dato’ bukan ingin mencari salah sesiapa tetapi untuk mencari cara bagaimana penambahbaikan boleh dilakukan. Insya Allah, saya yakin dengan pengalaman YB Dato’, pengurusan LMNS akan bertambah baik.

2. Perkukuhkan Unit Adat Perpatih
Sebagai sebuah negeri yang mengamalkan Adat perpatih, Unit Adat Perpatih perlu diperkukuhkan. Unit ini perlu berdiri sendiri sama ada sebagai yayasan, lembaga atau diperbadankan seperti IKSEP, Yayasan Warisan Johor, PADAT dan ISMMA. Buat masa sekarang unit ini tidak boleh bertindak dengan bebas kerana ia terletak di bawah pengurusan LMNS. Adalah tidak wajar sebagai sebuah unit yang menumpukan kepada adat dan warisan diletakkan di bawah pentadbiran muzium. Ini menyebabkan pentadbiran LMNS menjadi kelam kabut kerana terlalu banyak perkara yang ingin dilakukan. LMNS harus menumpukan ‘core business’ sebagai muzium. Negeri Sembilan perlu mempunyai satu agensi yang menyeliakan tadbir adat dan warisan Negeri Sembilan bagi tujuan dokumentasi dan menjana ekonomi.

3. Wujudkan satu modul khas berkaitan Adat Perpatih.
Kerajaan negeri perlu mewujudkan satu modul khas untuk kakitangan awam di Negeri Sembilan terutamanya dari segi adat, budaya dan sistem pentadbiran tanah. Negeri Sembilan adalah unik jika dibandingkan dengan negeri-negeri lain kerana sistem pentadbiran adat dan pentadbiran negeri berjalan seiring. Modul ini boleh dibentangkan ketika kursus induksi umum pegawai dan kakitangan baru. Modul ini boleh memberi kefahaman asas kepada semua kakitangan awam di Negeri Sembilan terutamanya yang berkhidmat di daerah. Modul ini amat wajar kerana bukan semua kakitangan awam terutamanya PTD merupakan anak tempatan. Malah anak Negeri Sembilan ada yang tidak memahami sistem sosial masyarakat Negeri Sembilan.

Modul ini bukanlah satu perkara yang mustahil kerana ia telah dilakukan oleh YTM Undang Luak Rembau, Dato’ Abdullah Dahan dan Dato’ Adnan Maah. Pada zaman pemerintahan YTM Dato’ Abdullah Dahan, semua pegawai sama ada Inggeris atau Melayu akan ditemuduga bagi mengetahui sejauhmanakah pemahaman mereka mengenai sistem sosial masyarakat Rembau pada ketika itu. Perkara ini juga berlaku ketika pemerintahan YTM Dato’ Adnan Maah, pegawai-pegawai yang baru berkhidmat di Rembau akan ditanya mengenai adat dan masyarakat di Rembau. Sekiranya ada yang tidak memahaminya YTM Undang Luak mengambil inisiatif memberi maklumat dan memastikan pegawai-pegawai tersebut benar-benar faham. Pemahaman mengenai Adat Perpatih dan sistem sosial masyarakat Negeri Sembilan akan membantu kakitangan awam di Negeri Sembilan beurusan dengan orang ramai terutamanya urusan tanah. Secara tidak langsung apa jua dasar kerajaan dapat disalurkan dengan baik dan teratur. Selaras dengan slogan “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”.

4. Penambahbaikan Akta Muzium 1956 Pindaan 1992
Penubuhan Lembaga Muzium Negeri Sembilan adalah berdasarkan kepada Akta Muzium 1956 Pindaan 1992 berkuatkuasa 17hb Disember 1992. Akta ini terlalu ringkas dan tidak menyatakan apakah fungsi LMNS secara terperinci. Akta ini perlu diperbaharui dan satu enakmen atau akta baru berkaitan pemuliharaan perlu diwujudkan bagi memastikan warisan Negeri Sembilan dapat dipulihara dengan baik. Jika dibandingkan dengan Melaka, negeri yang berjiran dengan Negeri Sembilan mempunyai enakmen yang cukup jelas dan terperinci bagaimana penjagaan dan pemuliharaan warisan dan monumen yang terdapat di seluruh Melaka. Saya berharap YB Dato’ selaku Pengerusi ALP dapat mencadangkan atau menyediakan kertas cadangan agar satu akta atau enakmen baru boleh diwujudkan. Saya amat memahami untuk melaksanakan atau mewujudkan sesuatu akta mengambil masa yang lama dan perlu kajian terperinci. Apa jua keadaan, sekurang-kurangnya ada satu inisiatif kerajaan negeri memastikan warisan dan monumen Negeri Sembilan dijaga. Ini secara tidak langsung memberikan nilai tambah terhadap keunikan yang ada di Negeri Sembilan agar dapat menarik minat pelancong datang ke Negeri Sembilan. Ketiadaan enakmen pemuliharaan menjadikan LMNS bahan lelucon apabila Pengarah LMNS membicarakan mengenai usaha memulihara rumah lama dan monumen yang terdapat di Negeri Sembilan. Saya berharap YB Dato’ benar-benar serius di dalam usaha memastikan adat dan warisan kekal buat generasi yang datang.

5. Return of Investment
Di dalam pengurusan organisasi sama ada agensi kerajaan mahupun swasta, setiap aktiviti yang dirancang, perlu ada satu kajian mengenai Return of Investment dijalankan. Ia bertujuan memastikan objektif aktiviti tercapai di mana penganjuran bukan sekadar “melepaskan batuk di tangga”. Di samping itu, ia mengelakkan pembaziran dari segi tenaga kerja, kewangan dan masa. Oleh yang demikian, program atau aktiviti sepanjang tahun perlu disenaraikan. Setiap aktiviti perlu dikaji agar ia menepati dan selari dengan agenda kerajaan persekutuan dan negeri. Kegagalan menyediakan Return of Investment menyebabkan tiada satu mekanisma untuk menentukan keberkesanan program yang dianjurkan. LMNS seharusnya menyediakan apa perancangan yang hendak dilakukan sepanjang tahun 2013 agar tenaga kerja yang dioptimakan, kewangan tidak disalahgunakan dan promosi boleh dijalankan dengan terancang.

6. Promosi
Apabila program sepanjang tahun telah disediakan, promosi perlu dijalankan secara agresif bagi memastikan maklumat tersebar dengan luas. Promosi yang tidak sekata menyebabkan ada muzium yang tidak mendapatkan pendedahan. Bagi mengatasi masalah ini, LMNS perlu menyediakan seorang Pegawai Perhubungan Awam yang benar-benar mahir dan mengetahui setiap aktiviti yang dijalankan. Pegawai ini harus memahami sejarah dan adat budaya masyarakat di Negeri Sembilan di samping mempunyai hubungan baik dengan media perdana dan juga blogger. Beliau juga perlu memastikan apa jua aktiviti yang dijalankan oleh LMNS akan dipaparkan di dalam Facebook dan juga laman sesawang LMNS. Bagi memastikan keberkesanan kewujudan Pegawai Perhubungan Awam, individu yang dilantik perlulah seorang mempunyai latar belakang pendidikan yang baik, berpengetahuan, beretika, berhemah dan bukannya dilantik dari kalangan Pekerja Rendah Awam dan Pekerja Awam Rendah. Sebagai PRO, penampilan, budi bahasa dan integriti merupakan kunci kejayaan sesuatu agensi.
LMNS harus menggunakan semaksima yang mungkin media baru seperti facebook, laman sesawang, twitter, you tube, dvd dan lain-lain media sosial bagi mempromosikan aktiviti, institusi adat, institusi diraja, sejarah dan warisan masyarakat Negeri Sembilan. Secara tidak langsung, ia boleh merungkaikan salah faham masyarakat terhadap Adat Perpatih di Negeri Sembilan.

7. Penjanaan Ekonomi
Selaras dengan penyediaan Return of Investment, apa jua aktiviti yang dijalankan boleh menjana ekonomi kepada Kerajaan Negeri sama ada pelancong, penyelidikan dan pelaburan syarikat luar. Penganjuran aktiviti yang bermutu tinggi menarik minat orang luar datang ke Negeri Sembilan. Oleh yang demikian, setiap kajian yang dijalankan oleh LMNS perlu dikomersialkan walaupun hanya buku poket setebal 20 muka surat.

YB Dato’,

Sekali lagi saya memohon kemaafan sekiranya surat ini mengambil masa kesibukan YB Dato’. Saya ingin tegaskan sekelian kalinya, saya tidak mempunyai sebarang masalah peribadi dengan Pengarah LMNS. Apa yang saya lakukan hanyalah kerana sayang saya, cinta saya dan minat saya di dalam usaha memastikan adat dan warisan saya kekal untuk tatapan anak cucu saya. Saya tidak pernah kecewa apabila nama saya diketepikan oleh Pengarah LMNS di dalam apa jua aktiviti anjuran LMNS. Tindakan kebudak-budakan Pengarah menganggap sesiapa yang keluar minum dengan saya sebagai penentang dan talibarut membocorkan rahsia LMNS. Sehinggakan kedatangan saya ke LMNS amat dicurigai. Paling melucukan mana-mana kakitangan LMNS yang ingin menjalankan kajian dan saya merupakan sumber primer, kajian tersebut akan ditolak tanpa sebarang alasan. Saya ingin ulangi bahawa saya tidak pernah mengambil kesempatan untuk mencari salah sesiapa di dalam LMNS. Kedatangan saya ke LMNS sekadar untuk berbincang dan bertukar pandangan dengan rakan-rakan apabila saya mendapat maklumat baru mengenai sejarah Negeri Sembilan. Manakala permalasahan LMNS yang saya nyatakan hanyalah isu-isu pokok yang telah sedia maklum berdasarkan pemerhatian dan pengalaman saya di samping perbincangan bersama rakan-rakan saya yang pernah terlibat dengan LMNS. Saya telah melibatkan diri saya dengan LMNS sejak Pesta Persukuan Adat Perpatih yang pertama maka saya memahami dan mengetahui apa jua isu yang berlaku di LMNS. Pengarah LMNS begitu fobia dengan nama saya sehinggakan beliau tidak mahu mendengar nama saya disebut di hadapan beliau.

Persoalan yang saya kemukakan merupakan persoalan-persoalan yang pernah saya kemukakan kepada Pengarah LMNS. Malangnya, beliau seorang yang ego dan tiada pendirian. Apa jua perlaksanaan tidak sama apa yang dibincangkan. Saya telah beberapa kali menawarkan untuk mengadakan perbincangan secara terbuka. Pelawaan saya dipandang sepi di mana Pengarah LMNS menganggap saya tidak mempunyai apa-apa sama ada dari segi jawatan dan nama. Bagi saya, ia tidak menjejaskan fokus saya. Rangkaian maklumat saya melangkaui sehingga Belanda, Indonesia, United Kingdom, Australia, Singapura dan beberapa buah negara lain. Semuanya saya lakukan dengan usaha saya tanpa memohon mana-mana agensi kerajaan. Saya amat beruntung kerana mempunyai rakan-rakan yang sentiasa membantu saya di dalam usaha mengumpul bahan-bahan sejarah berkaitan Negeri Sembilan. Malah tahun 2012, saya telah menerima beberapa jemputan untuk membentangkan kertas kerja di dalam seminar anjuran beberapa IPTA.
Apa jua keadaan, saya sentiasa mendokong setiap aktiviti yang dijalankan oleh LMNS. Saya akan mempromosikan setiap aktiviti yang dijalankan oleh LMNS walaupun dengan hanya dimaklumkan secara lisan. Ia adalah menjadi tanggungjawab saya memastikan aktiviti yang berkaitan sejarah, warisan dan adat tempat kelahiran perlu ditonjolkan walaupun tanpa diminta.

YB Dato’,

Isu integriti bukanlah satu isu yang kecil. Ucapan awal tahun 2013, YAB Perdana Menteri menyentuh mengenai integriti. Ketua Setiausaha Negara, Dato’ Sri Dr. Ali Hamsa juga turut menekankan isu integriti di kalangan kakitangan awam. Malah, di dalam Perhimpunan Bulanan SUKNS yang pertama 2013, YAB Menteri Besar amat serius dengan isu integriti. Kakitangan awam merupakan ‘front liner’ kepada kerajaan. Apabila ‘front liner’ tidak mampu menunjukkan contoh yang baik, orang ramai akan melihat keburukan kerajaan secara keseluruhan. Jangan biarkan masalah integriti ini menghantui kerajaan yang sedia ada. Harus diingat, kebiadapan, keegoan, kesombongan dan meninggi diri merupakan penentu arah tuju pucuk pimpinan pasa masa yang akan datang. Orang ramai tidak dapat membezakan apa yang dikatakan “penggubal dasar” dan pelaksana dasar”. Apa sahaja kesilapan yang dilakukan oleh pelaksana dasar, penggubal dasar akan menerima habuannya. Kesilapan yang dilakukan oleh pelaksana dasar akan menyebabkan penggubal dasar menerima hukuman apabila tiba masanya. Janganlah hanya disebabkan agensi kerajaan tidak berintegriti, kita akan berputih mata tanpa menyedari kita telah hilang sesuatu.

Akhir sekali, saya mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian YB Dato’ membaca surat saya. Saya bersedia untuk berbincang dengan pihak YB Dato’ atau mana-mana pihak demi untuk memartabatkan dan meningkatkan nilai warisan dan sejarah Negeri Sembilan.

Kerjasama YB Dato’ amat saya hargai.

Sekian, terima kasih.
Yang benar,


Nak pertahan kalimah Allah, tapi tandas masjid kotor

Tandas masjid kotor?
Utusan Malaysia 18 Jan 2013

“Pengerusi Madrasah al-Khairiah, Taman Salak Jaya, Seputeh, Misron Misbah berkata, berbeza dengan penganut ajaran agama lain, keprihatinan dan sensitiviti umat Islam terhadap aspek kebersihan dilihat masih ditahap yang kurang memuaskan.”

MENGGELIKAN. Begitulah keadaan yang dapat digambarkan situasi sesetengah persekitaran tandas masjid dan surau yang terdapat di negara ini.

Bukan sahaja di kawasan perkampungan dan pedalaman, kawasan bilik air dan tempat mengambil wuduk di rumah Allah SWT itu dilihat kurang diselenggara dengan baik walaupun di lokasi yang menjadi tumpuan orang ramai.

Lebih menyedihkan, selain mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan, sisa najis, lumut serta sawang turut 'berpenghuni' dalam bilik bersuci di rumah ibadat bagi umat Islam itu.

Tinjauan Mega Utusan Malaysia di beberapa lokasi turut mendapati, pelbagai masalah turut berlaku seperti; tandas tersumbat, mangkuk tandas pecah dan kotor, pam tidak berfungsi, lantai tandas pecah dan berlumut, siling bersawang dan sinki tersumbat.

Ini dilihat bukan sahaja mengurangkan keselesaan jemaah dan pengguna, malah mengurangkan minat umat Islam untuk mengunjungi rumah Allah itu.

Sehinggakan luahan mengenai tahap kebersihan tandas masjid dan surau yang kurang memuaskan sering menjadi buah mulut.

Permasalahan yang semakin menjadi tanda tanya itu telah pun diutarakan ke peringkat atasan. Walaupun pelbagai kempen dan program dijalankan, namun masalah ini diibarat bermusim yang tidak berpenghujung.

Pasti ada sahaja yang akan mengadu mendakwa tandas yang digunakan jijik dan kotor sehingga tidak sanggup untuk menggunakannya.

Perkara yang dilihat semakin kurang diambil perhatian itu dikatakan turut boleh menjejaskan identiti dan imej Islam kepada orang bukan Islam yang selama ini menganggap Islam agama yang mengutamakan kebersihan.
Pengerusi Madrasah al-Khairiah, Taman Salak Jaya, Seputeh, Misron Misbah berkata, berbeza dengan penganut ajaran agama lain, keprihatinan dan sensitiviti umat Islam terhadap aspek kebersihan dilihat masih ditahap yang kurang memuaskan.

Sehinggakan terdapat sesetengah rumah ibadat yang sepatutnya diselenggara dan dipastikan kebersihannya tidak diuruskan dengan sebaik mungkin, lebih-lebih lagi di kawasan tandas dan bilik wuduk.

"Kesimpulan mudah yang dapat dibuat terhadap sesuatu agama adalah berdasarkan rumah ibadat mereka. Ini kerana, secara umumnya segala penilaian dapat dibuat dan menggambarkan penganut agama tersebut dengan melihat rumah ibadat.

"Jika kesedaran terhadap kebersihan khasnya di kawasan rumah ibadat kurang, secara tidak langsung memberi kesan negatif, sekali gus memburukkan keseluruhan imej Islam.

"Ini juga dilihat menjadi penghalang serta menghilangkan kepercayaan bukan Islam yang mengetahui Islam itu menitikberatkan kebersihan bagi yang ingin memeluk Islam," katanya ketika ditemui.

Oleh itu katanya, hadis Rasulullah SAW bermaksud; "Sesungguhnya Allah SWT itu bersih dan menyukai kebersihan", perlu diterapkan dalam jiwa setiap umat Islam, bukan sahaja diungkapkan di bibir.

Tambahnya, sebagai umat Islam juga seharusnya menunjukkan contoh yang terbaik kepada agama lain kerana ia merupakan salah satu langkah dalam berdakwah.

"Secara umumnya fitrah manusia yang menyukai kepada kebersihan. Istimewanya bagi umat Islam adalah kebersihan telah didedahkan dengan prinsip menjaga kebersihan sejak kecil dan juga merupakan tuntutan agama.

"Tetapi jika kita lihat, realiti yang berlaku orang bukan beragama Islam lebih mendahului kita dalam aspek kebersihan terutamanya bahagian tandas," luahnya.
Tanggungjawab

Sementara itu, Setiausaha Ahli Jawatankuasa (AJK) Masjid al-Aqram, Jalan Datuk Keramat, Abdul Hamid Mat Isa berkata, mentaliti dengan meletakkan tanggungjawab menjaga kebersihan kawasan masjid dan tandas terhadap AJK masjid atau surau perlu diubah daripada pemikiran masyarakat.

"Jika tandas kotor tok siak (AJK surau atau masjid) yang dipersalahkan. Dikata tidak menjalankan tugas dan hanya makan gaji buta. Persepsi ini sama sekali tidak benar dan perlu diubah.

"Dalam hal ini, orang ramai tidak boleh meletakkan sepenuh tanggungjawab hanya kepada tok siak, walaupun secara formalnya bertanggungjawab untuk menjaga kebersihan kawasan masjid.

"Dengan keadaan tok siak yang kebanyakannya sudah berumur, ditambah dengan persekitaran masjid yang luas tidak mampu diusahakan setiap hari, selain masjid dikunjungi oleh jemaah setiap waktu solat.

"Jika mempersoalkan mengenai gaji pula, berapa sangat upah yang dibayar kepada mereka. Jika masjid mungkin ada elaun daripada kerajaan, tetapi di surau mengharapkan tabung kutipan masjid sahaja," katanya.
Sehubungan itu, ujarnya, dalam usaha menambah baik tahap kebersihannya, kesedaran dan kerjasama orang ramai penting bagi memastikan ia kekal bersih lebih-lebih lagi bagi golongan muda.

"Tidak dinafikan kerja membersih dan mengendali masjid serta surau ini agak kurang diminati, terutama di kawasan tandas. Tetapi, demi mengubah imejnya, ia perlu dilakukan.

"Oleh itu, tenaga muda dan seluruh jemaah sangat diperlukan dalam menambah baik agar sentiasa terpelihara," saran beliau.

Selain untuk beribadat, masjid dan surau juga boleh berfungsi sebagai lokasi persinggahan serta kawasan rehat dan rawat bagi orang yang bermusafir.

Bagi Siak di Surau al-Ikhlasiah, Keramat Jaya, Hasyim Yaacob berkata, kebersihan dan keselesaan sebenarnya merupakan salah satu strategi dalam mengajak orang ramai mendekati rumah ibadat secara psikologi. Sebagaimana fungsi kawasan rehat dan rawat (R&R) di lebuh raya, surau memainkan peranan sebagai satu daya tarikan.

"Pendekatan sama juga boleh digunakan bagi menarik minat orang ramai untuk mengunjungi surau dan masjid. Selain untuk menjamin kekhusyukan beribadat, persekitaran dan tandas yang bersih mampu menarik jemaah untuk kerap mengunjungi masjid kerana kawasannya yang memberi ketenangan," jelasnya.
Hasyim turut berharap, kebersihan dan keselesaan itu bukan sahaja diamalkan di kawasan khas, tetapi di kawasan awam lebih-lebih lagi di rumah ibadat.

20130118

Kursus Percuma Buat Pelancar Roket Air



Kepada mereka yang berminat untuk belajar membuat pelancar roket air yang ringkas secara percuma sila datang ke bengkel serbaguna belakang Surau Taman Alamanda, Senawang pada hari Sabtu 19 Januari 2013 jam 3 petang.

Tidak perlu bawa apa-apa peralatan.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi Rozmal 012-2267406

20130117

Sheikh Nuruddin kata tiada masalah bukan Islam guna kalimah Allah


Petang tadi Khamis 17 Jan 2013 jam 6.15 petang dalam siaran TV Al Hijrah saluran Astro 114 , Tuan Guru Sheikh Nuruddin Al Banjari ditanya mengenai hal orang bukan Islam menggunakan kalimah Allah. Sheikh Nuruddin berkata tiada masalah orang bukan Islam menggunakan kalimah Allah. Sheikh berkata yang menjadi masalah ialah jika kalimah Allah itu dihina, dipijak, diletak najis dan sebagainya.

Macam-macam pendapat mengenai penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam. Walaupun ada percanggahan , anggaplah semua pendapat ini benar.

Yang menjadi masalahnya ialah majoriti umat Islam yang tidak faham kalimah Allah.

Kalau umat Islam faham kalimah Allah, tidak akan berlaku kes murtad, tidak akan berlaku sampai 80 peratus umat Islam tidak solat, tidak akan berlaku umat Islam yang berpuasa tetapi tidak solat, dan pelbagai kebejatan masalah sosial di kalangan umat Islam yang semakin kritikal dengan masjid-masjidnya yang mati dari majlis ilmu, khutbah-khutbah Jumaatnya yang tidak dapat membangkitkan semangat jihad umat Islam kerana dibaca dari teks umpama burung kakak tua bukan dikhutbahkan dari hati yang takutkan Allah.

Tolonglah perhatikan keadaan sekeliling kita, hidupkan surau atau masjid di tempat kita sendiri dengan solat jemaah dan majlis ilmu. Pastikan umat Islam tidak menjadikan masjid hanya sekadar tempat untuk buang air, tukar lampin anak, tidur, melepak dan merokok.

Itu belum lagi masuk bab orang Islam yang ramai menggunakan bomoh yang tidak mengikut syariat Islam untuk ilmu pengasih, penunduk, memenangi pilihanraya dan sebagainya.

Surau sekolah di Jelebu perlukan bantuan kita


Sumbangan diperlukan untuk Surau Sekolah Menengah Kebangsaan Undang Jelebu, Negeri Sembilan.

Antaranya ialah :
Menara tangki
Tempat wudhu
Sejadah
PA Sistem
dan macam-macam lagi diperlukan

Kepada mereka yang ingin menambah amal ibadah sila hulurkan sumbangan ke akaun Maybank atas nama SURAU SMK UNDANG JELEBU, No Akaun 555069113333

Sumbangan barangan boleh disalurkan dengan menghubungi Ustaz Zool Hilmi 019-3997959 , Ustazah Sarijah 013-2097469

atau dihantar terus ke :
SMK Undang Jelebu, 71600 Kuala Klawang, Negeri Sembilan
Tel : 06-6136206 , Faks : 06-6136622

RM100, jangan susahkan ibu bapa pelajar tunggu lama


Rakan saya yang tinggal di DUN Chembong dalam Parlimen Rembau mengadu. Semalam dibuat agihan kepada ibu bapa untuk bantuan persekolahan RM100 untuk setiap pelajar. Kawan saya ni pergi waktu tengahari, nak kejar masuk semula kerja dia tak sempat pun makan tengahari.

Sampai di sekolah anaknya di Sekolah Kebangsaan Pedas sebelum 12.30 tgh. Sepatutnya majlis penyerahan bermula jam 12.30, tapi menurutnya wakil rakyat DUN Chembong ada pula majlis penyerahan di SJKC di DUN Chembong. Jadi ADUN Chembong sampai di SK Pedas selepas jam 1 tgh.

Kemudian agihan pula di panggil setiap nama ibu bapa satu demi satu untuk mengambil sendiri bantuan tersebut dari ADUN Chembong. SK Pedas ada sekitar 800 orang murid. Ramai ibu bapa yang mengeluh terpaksa tunggu lama. Kawan saya ni sebab nak masuk kerja balik, dia telefon isteri dia untuk datang ambil. Menurut isterinya sekitar jam 2.30 baru dipanggil nama.

Pelik, ibu bapa di DUN yang wakil rakyatnya Umno terpaksa beratur dan menunggu lama untuk dapat bantuan RM100. Sedangkan sepengetahuan saya di Seremban yang wakil rakyatnya dari PAS dan PKR seperti di DUN Paroi, Ampangan dan Sikamat, ibu bapa tak perlu disebut satu-satu nama mereka. Terus jumpa guru kelas ambil duit mengikut masa yang diberikan.

Bukankah cukup ADUN Umno buat kain rentang letak dipintu pagar, dengan ucapan selamat mengambil RM100 sumbangan kerajaan BN?

Dengan demikian ADUN pun tak penat berdiri lama, tak penat berkejar-kejar dari satu sekolah ke sekolah lain, guru-guru dan pihak sekolah pun tak payah penat-penat buat majlis, yang penting ibu bapa yang juga pengundi mereka sendiri tak merungut dan menyumpah-nyumpah.

Itu yang apa kawan saya ceritakan, tak tahulah dia ada tokok tambah. Mungkin ibu bapa di DUN Chembong , DUN Kota dan DUN Rantau ada cerita lain.

Bantuan RM100 pelajar sekolah, sila bantu sekolah semula


Minggu ni sibuk dengan agihan bantuan RM100 kepada semua pelajar sekolah rendah dan menengah. Tak kiralah ibu bapa tadi jutawan, hartawan, menteri, taukeh batik, ada rumah 5 buah, ada orang rumah 4 orang, ada kereta 100 buah, semua akan dapat sama rata RM100 setiap seorang pelajar.

Kepada golongan miskin dan sederhana RM100 ini boleh menjelaskan Yuran PIBG yang akan dikutip selepas ini, serta menjelaskan bil elekrtik dan bil air di rumah yang makin naik saban hari, saban bulan, saban tahun.

Kepada golongan elitis RM100 ini mungkin tak cukup untuk makan di hotel, tak cukup untuk pergi melancong, tak cukup untuk isi minyak untuk 100 kereta.

Apa kata golongan elitis atau mereka yang lebih berkemampuan gunakan RM100 ini untuk membantu sekolah anak-anak kita.

Cuba periksa bil elektrik dan bil air sekolah ada tak tertunggak sampai puluhan ribu ringgit.

Cuba tengok tandas sekolah anak-anak kita, pintu tandas boleh kunci tak, ada tak pintu tandas, kepala paip ada tak, pam jamban berfungsi atau tidak. Lampu di kelas yang rosak sudah diganti atau belum. Kipas yang rosak sudah dibaiki atau belum. Komputer dan pencetak untuk kegunaan pelajar dan guru masih elok atau tidak.

Sementara menunggu kelulusan peruntukan dari Kementerian Pelajaran atau Majlis Agama Islam untuk Sekolah Agama, dan sementara menunggu kutipan yuran PIBG untuk membaiki segala kerosakan di sekolah, ibu bapa yang golongan elitis dan lebih berkemampuan ini cubalah tanya pihak sekolah apa yang boleh dibantu dengan RM100 ini.

20120530

Kuliah Ustaz Dato Arshad 1 Jun 2012 Senawang


KULIAH HADITH 40
Bersama Ustaz Dato Hj Arshad Abd Samad (mantan Ketua Hakim Syarie N.Sembilan)
Tarikh : 1 Jun 2012, Jumaat
Masa : 7.30 mlm, selepas Maghrib
Tempat : Surau Taman Alamanda, Senawang

Muslimin dan muslimat semua dijemput hadir

20120206

PENGUMUMAN

Blog ini telah berpindah ke http://waghih.blogspot.com

Nostalgia SDAR '82

SILA RIGHT CLICK PADA GAMBAR UNTUK BESARKAN IMEJ



















20120110

20111109

PENGUMUMAN

Blog ini telah berpindah ke http://waghih.blogspot.com

20111027

Promo Parang Korban 30 Okt 2011 di Shah Alam



Sempena Idil Adha 1432 H sesiapa belum ada parang yang sesuai untuk menyembelih, melapah, menghobin semasa ibadah korban, bolehlah mengunjugi Gerai Mentaus pembuat parang Melayu yang klasik dan unik di bawah ini :

JUALAN PARANG MENTAUS CRAFTS
Tarikh : 30 Oktober 2011 (Ahad)
Masa : 8 pg - 1 tgh
Tempat : "Pasar Karat", Perkarangan Stadium Shah Alam

Info lanjut pada Blog Mentaus Craft di http://zamri-tukangparang.blogspot.com/

HOBIN JANG HOBIN !

Forum Keusahawanan 29 Okt 2011 Seremban, PERCUMA

FORUM KEUSAHAWANAN
Tarikh : 29 Okt 2011 (Sabtu)
Masa : 8 pg - 1 tgh
Tempat : Dewan Seri Minang, Pejabat RISDA, Seremban, N.Sembilan

PERCUMA !

Terbuka kepada semua usahawan, bakal usahawan, para graduan dan kepada sesiapa yang berminat

Anjuran bersama Perbadanan Kemajuan Negeri, N.Sembilan

Untuk pertanyaan dan penyertaan sila hubungi Nor Fadzilah 019-3566925 (PKNNS)

Promo program di http://usahawann9.blogspot.com/2011/10/forum-keusahawanan.html

20111025

PENGUMUMAN

Blog ini telah berpindah ke http://waghih.blogspot.com

20110623

TB



20110419

20100530





20100315

Paroi kawasan hitam penagihan dadah

Kebelakangan ini media melaporkan beberapa kes berkaitan dadah di Paroi , N.Sembilan.

Penagihan dadah nampaknya tiada kesudahan dari dulu sampai sekarang, dan di merata tempat seluruh Malaysia, bukan sahaja di Paroi.

Kembalilah kepada Islam keseluruhannya. Mohonlah pertolongan Allah dengan bersungguh-sungguh untuk membanteras gejala dadah di Malaysia ini.

Semakin hari semakin gawat. Pelajar sekolah semakin hari semakin hari makin ramai terlibat dengan dadah.

Malangnya bajet AADK juga dipotong 20 peratus tahun 2010.

*****************
Agensi Anti-dadah Kebangsaan (AADK) menjangkakan pengurangan bajet sebanyak 20 peratus bagi agensi itu pada Belanjawan 2010 tidak menjejaskan program agensi itu.

******************
Tajuk Utama Buletin Utama TV3 Ahad 14 Mac 2010 ialah mengenai Rumah Pangsa di Paroi dijadikan Pot Terjun untuk para pelajar sekolah membeli dadah.


*****************
SEREMBAN 10 Mac - Lain yang dicari lain pula yang dijumpai. Itulah kejadian yang berlaku apabila sepasukan anggota Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) negeri yang ingin memburu suspek kes dadah dalam satu operasi pada Khamis lalu. Mereka bukannya menemui lelaki terbabit, sebaliknya menemui seorang kanak-kanak berusia lima tahun dalam keadaan koma di rumah suspek di Taman Tasik Jaya Paroi di sini. Difahamkan, kanak-kanak malang yang merupakan anak suspek itu koma selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya lima bulan lalu.


***********************
Bintang program Akademi Fantasia musim ke-5 (AF5) yang ditahan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Negeri Sembilan ketika sedang khayal bersama tiga rakannya, di sini kelmarin kini direman enam hari untuk siasatan.
Dalam kejadian kira-kira 7.30 pagi kelmarin, bintang AF5 itu ditahan bersama tiga rakannya yang lain selepas didapati sedang khayal ganja dalam sebuah bilik di rumah salah seorang rakannya Kampung Sentosa, Paroi, dekat sini.


*************************
Cari suspek, jumpa anak koma
Utusan 11 Mac 2010

SEREMBAN 10 Mac - Lain yang dicari lain pula yang dijumpai. Itulah kejadian yang berlaku apabila sepasukan anggota Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) negeri yang ingin memburu suspek kes dadah dalam satu operasi pada Khamis lalu.

Mereka bukannya menemui lelaki terbabit, sebaliknya menemui seorang kanak-kanak berusia lima tahun dalam keadaan koma di rumah suspek di Taman Tasik Jaya Paroi di sini.

Difahamkan, kanak-kanak malang yang merupakan anak suspek itu koma selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya lima bulan lalu.

Pengarah AADK Negeri Sembilan, Abdul Rahman Hamid berkata, bertindak atas maklumat orang ramai, sepasukan anggotanya menyerbu rumah berkenaan kira-kira pukul 4 pagi Khamis lalu.

Katanya, dalam serbuan itu, suspek tiada di rumah namun pihaknya menemui kanak-kanak itu yang sedang terbaring atas sebuah katil.

"Suspek lelaki berusia 48 tahun ini dipercayai terlibat dengan aktiviti penagihan dadah jenis heroin," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menurut Abdul Rahman, ketika serbuan hanya isteri suspek yang berusia lingkungan 40-an berada bersama anak lelakinya itu.

Katanya lagi, anggota AADK yang bimbang dan prihatin terhadap nasib malang kanak-kanak itu kemudian mengarahkan isteri suspek mendapatkan bantuan sewajarnya.

"Hasil siasatan awal, keluarga terbabit termasuk kanak-kanak itu terlibat dalam kemalangan jalan raya lima bulan lalu di Port Dickson. Anak perempuan suspek dikatakan terkorban dalam nahas itu.

"Berikutan itu, kita mengarahkan isteri suspek supaya mendapatkan bantuan rawatan sewajarnya," katanya.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0311&pub=utusan_malaysia&sec=Jenayah&pg=je_01.htm&arc=hive

****************************
Ahad, 2009 Julai 19
Bintang AF5 positif dadah direman enam hari
SINAR HARIAN ONLINE

SEREMBAN – Bintang program Akademi Fantasia musim ke-5 (AF5) yang ditahan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Negeri Sembilan ketika sedang khayal bersama tiga rakannya, di sini kelmarin kini direman enam hari untuk siasatan.

Pengarah AADK Negeri, Abd Rahman Hamid berkata, keempat-empat mereka kini ditahan reman sejak petang kelmarin dan kini ditempatkan di lokap AADK Daerah Tampin.

“Kesemua mereka kini direman enam hari mulai Jumaat lalu dan ditempatkan di lokap AADK Tampin. Setakat ini, kita masih membuat siasatan dan tidak ada sebarang tangkapan susulan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira 7.30 pagi kelmarin, bintang AF5 itu ditahan bersama tiga rakannya yang lain selepas didapati sedang khayal ganja dalam sebuah bilik di rumah salah seorang rakannya Kampung Sentosa, Paroi, dekat sini.

Turut ditahan dalam serbuan itu adalah seorang pelajar semester tiga jurusan kejuruteraan di sebuah universiti dekat Bangi, Selangor.

Ketika serbuan, AADK turut menjumpai pil ecstasy dan beberapa peralatan yang digunakan untuk menyalah guna dadah di bilik berkenaan dan hasil ujian mendapati kesemua mereka positif dadah.

Abd Rahman berkata, tangkapan itu dilakukan anggotanya sejak 6 pagi itu dibuat selepas pihaknya mendapat maklumat bahawa rumah terbabit akan mengadakan ‘pesta dadah’.

Ketika kejadian, keluarga rakannya itu turut berada di rumah berkenaan tetapi tidak menyedari kegiatan anaknya itu.

http://penpasksgb.blogspot.com/2009/07/bintang-af5-positif-dadah-direman-enam.html

KOSMO 23 Dis 2009
Bajet kurang 20 peratus tetapi tak jejaskan usaha banteras salah guna dadah
Program AADK tetap diteruskan

PORT DICKSON - Agensi Anti-dadah Kebangsaan (AADK) menjangkakan pengurangan bajet sebanyak 20 peratus bagi agensi itu pada Belanjawan 2010 tidak menjejaskan program agensi itu.

Ketua Pengarah AADK, Datuk Abd. Bakir Zin berkata, pihaknya juga tidak bercadang untuk menangguh program-program AADK di peringkat kebangsaan dan negeri yang telah dirancang untuk dilaksanakan pada tahun hadapan.

"Semua projek dan aktiviti yang melibatkan penguatkuasaan dan pemulihan dadah akan diteruskan tetapi dalam saiz yang kecil mengikut bajet yang disediakan oleh kerajaan.Projek atau program yang hendak dilakukan tidak semestinya besar tetapi objektif dan hasilnya lebih penting" katanya majlis Sambutan Hari Kualiti AADK Negeri Sembilan 2009 di sini malam kelmarin.

Menurut Abd. Bakir, bagi memastikan semua program dirancang berjalan dengan baik, AADK akan mengambil pendekatan bekerjasama dengan pelbagai pihak termasuk agensi kerajaan di peringkat negeri, daerah dan badan bukankerajaan (NGO).

Jelas beliau, sebanyak 65 NGO dan pejabat daerah di seluruh negara yang bergerak bersama AADK selama ini akan diteruskan bagi memastikan misi dan visi AADK membanteras penyalahgunaan dadah dapat dilaksanakan.

"Kerjasama dengan NGO merupakan antara langkah penjimatanyang dilakukan kerana NGO mempunyai peruntukan yang mencukupi untuk melakukan aktiviti bersamaAADK."

Pada masa yang sama, AADK juga akan meneruskan kerjasama dengan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan pegawai daerah disetiap negeri bagi meneruskan agenda AADK di kawasan masing-masing" jelasnya.

Dalam pada itu, Abd. Bakir berkata, usaha membanteras masalah dadah AADK kini memfokus kepada kumpulan sasaran di kawasan yangdisyaki berisiko tinggi."Sebagai contoh, antara kawasan yang berisiko tinggi ialah di kawasan Felda di mana golongan belia dipercayai terlibat dengan dadah."Di Kedah dan Pulau Pinang pula ialah kawasan nelayan kerana berdasarkan maklumat, ramai nelayan menagih dadah," katanya.

http://www.moha.gov.my/paperarticle/Kosmo231209ms10.pdf

Ceramah Us Abd Malek 27 Mac Senawang

Ceramah Sempena Sambutan MaulidurRasul
Tempat : Surau Taman Jasmin Senawang
Tarikh : 27 Mac 2010 / Sabtu
Masa : Selepas Maghrib
Penceramah : Ust. Abd Malek B. Norakit (Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar)

Semua dijemput hadir

Info lanjut di http://surautamanjasmin.blogspot.com

Sumbangan Tabung PAS Kawasan Rembau

Assalamulaikum ,

Kepada mereka yang ingin menyumbang ke Tabung PAS Kawasan Rembau boleh disalurkan melalui akaun berikut :

Nama akaun : PAS Kawasan Rembau
Bank : Bank Islam (Cawangan Seremban)
No akaun : 05-012-01-007334-7

atau hubungi Bendahari PAS Kawasan Rembau 012-2832458