“They can kill my blog, but they
cannot kill my thought, insyaAllah”. Terkejut tiba-tiba blog saya
http://waghih.blogspot.com
yang telah bertahun-tahun tersiar dan jumlah pengunjung pun tak
seberapa tiba-tiba disekat kerana mempunyai artikel yang berbahaya
kepada sesuatu pihak.
Pelik juga, rasanya dalam blog saya tak
ada pula sentuh pasal skandal seks, skandal rasuah, isu Scorpene, isu
cincin RM24 juta, isu Deepak, dan lain-lain isu yang hebat-hebat.
Tak tahulah.
Mungkinkah blog saya disekat kerana
saya memperjuangkan hak khatib untuk berkhutbah bukan membaca
khutbah?
Adakah blog saya disekat kerana memberi
tunjuk ajar buat pelancar roket dengan modal tak sampai RM5? Roket
air je, bukan roket betul.
Adakah blog saya disekat kerana
mengutarakan masalah masjid-masjid yang mati di Malaysia ini,
khususnya di Negeri Sembilan?
Adakah blog saya disekat kerana
membesarkan isu tandas-tandas masjid yang kotor, yang secara tidak
langsung menunjukkan tahap kebersihan umat Islam di Malaysia?
Adakah blog saya disekat kerana saya
memperjuangkan Adat Perpatih, untuk memberi lebih ruang dan kuasa
kepada Dato Lembaga Adat agar masalah tanah dan rumah terbiar dapat
diatasi.
Atau blog saya disekat dengan pelbagai
isu setempat dan masyarakat yang lain?
Lantaklah. Sekat blog tadi kita buka
blog lain pula di http://rozmal.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan